Monday, 18 June 2012

Pulau Langkawi

Semalam tetiba je terpikir kat mana pulak ye nak pegi bercuti. Rasanya dah lama tak pegi bercuti sejak aina dah besar sikit nihhh... Teringat pulak masa ke Pulau Langkawi tahun 2010 dulu....hmmm, memang dah lama la....teringin sgt nak pegi bercuti ni.... Tapi xpe, nak citer la sikit pasal pengalaman bercuti ke langkawi ni dengan 3 family (in-law, family ayah, n family aku la) masa ni aina dalam perut...hahahhaha......Tak sedar rupa-rupanya dah bawak aina sekali dah masa ni sebab memang tak tahu pun tgh prengnant 3 bln...ha kau!... 

Kami dok kat Century Suria Apartment: Amik pakej 4 hari 3 malam (untuk 10 orang) termasuk sewa van pregio, tiket feri pergi balik, masuk waterworld, hopping island (1 bot, muat 10 org), kupon kereta kabel....etc. Dalam RM3,000 jugak la.....termasuk shopping.... Best sgt masa ni ye la pegi dengan mak ayah + adik sorang, mak mertua, bapak mertua, ipar duai, and husband....riuh rendah jadinya.....

Sampai kat apparment tu kami masak, jimat sikit kan beli barang kat shoping complex dekat situ je....kalau nk makan luar lagi la kene kuar bajet lebih...sangat save bila masak n makan ramai2..... Oh, luperrr..bertolak dari Jeti Kuala Kedah sebab dekat dengan rumah aku kat Yan je...so mak metua dtg dr Shah Alam terus ke umah aku...kami bertolak terus ke jeti....






Bab bercuti ni sebenarnya kene perancangan awal, mana nak kumpul duit lagi, nak servey hotel murah lagi, nak booking lagi takut kene time cuti sekolah memang sold out la..... Tapi Alhamdulillah, plan nk ke langkawi ni 3 bulan awal dah booking dah ..... amik cuti panjang terus berdezuuupppppp, packing barang -------> gerak terus... 

Ada info sikit pasal Pulau Langkawi ni :




Pulau Langkawi merupakan salah satu pulau peranginan yang terdapat di Malaysia. Terletak di Negeri kedah Darul aman nun di Utara Semenanjung Malaysia merupakan lokasi strategik dan diberi status gelaran "Pulau Bebas Cukai" pada 1987. Kawasan sekitar pulau yang mempunyai tempat-tempat menarik yang dibangunkan menarik lagi minat pelancong asing mahupun tempatan. Antara tempat-tempat menarik adalah seperti Makam MahsuriTelaga 7UnderwaterworldTasik Dayang BuntingKereta Kabel Gunung MacincangBeras TerbakarPantai Chenandan lain-lain tempat.. 


Makam Mahsuri 
Adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, KedahIa terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.


Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut. Sebelum 1980an, Langkawi memang tidak makmur sehinggakan ada yang mengatakan bahawa kerbau lebih banyak dari manusia. Menjelang tahun 1980, Langkawi menjadi lebih makmur disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau Wan Aisyah binti Wan Nawawi yang menetap di Pulau Phuket.

 Underwater World Langkawi 


Underwater World Langkawi merupakan salah satu marin terbesar dan aquaria air tawar di Asia Tenggara.Sejak permulaan operasinya pada 26 Ogos 1995, ia telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi di Langkawi dan telah menarik sebilangan besar pelancong asing serta tempatan. 
Konsep dan tema Underwater World Langkawi yang menjurus ke arah Pengetahuan, Pendidikan dan Hiburan. Ia dibina untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bentuk memelihara kehidupan kita yang amat ternilai akuatik, sekali gus mewujudkan pemahaman bon yang mendalam dan tidak boleh dipisahkan antara manusia dan alam. Unik untuk Underwater World Langkawi adalah gergasi 15 meter berjalan kaki melalui terowong panjang yang terdiri daripada 500,000 air laut liter yang menempatkan banyak ikan besar dan hidupan laut termasuk Penyu Hijau Giant.


Kereta kabel Langkawi 




Terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau LangkawiKedahMalaysiaKereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di SwitzerlandAsalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekodMalaysian Book of Records.


Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan. Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung garuda.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian. Di tengah-tengah perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria danSwitzerland.
Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini.[6] Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.




Titian gantung kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks kereta kabel Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. sealain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya. Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.
Kaedah pembuatan jambatan/titian ini dilihat agak sukar kerana melibatkan beberapa elemen kritikal diantaranya; mengimbangkan struktur jambata panjang yang melengkung di lereng puncak dengan hanya berpautkan pada beberapa tali keluli yang disandarkan pada tiang tunggal. Selain itu, ia melibatkan pengurusan berat yang optimal, pengedaran bahan-bahan pembinaan dan perancangan dan pemetaan tapak kukuh. Uniknya, semua kerja-kerja penghantaran bahan pembinaan ke puncak gunung hanya melibatkan helikoptersebagai medium pengangkutan dan pemindahan utama sehinggalah jambatan berjaya disiapkan sepenuhnya.

Tasik Dayang Bunting
Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur. Tasik Dayang Bunting terletak di sebuah pulau yang membawa nama yang sama iaitu Pulau Dayang Bunting. Pulau yang berukuran 800 x 350 meter ini adalah pulau yang terbesar diantara gugusan pulau-pulau di Langkawi. Tasik Dayang Bunting ini dikelilingi dari setiap sudut oleh cerun curam yang ditumbuhi sepenuhnya oleh pokok-pokok dan dipisahkan dari laut oleh satu rekahan kecil melalui timbunan batu kapur. Struktur Geografi yang membentuk bukit-bukiau serta batu-batan disekeliling tasik ini seolah-olah menggambarkan seorang wanita yang mengandung sedang tidur terbaring. Namun begitu, tasik ini diberi nama sedemikian kerana mengambilkira satu lagenda lama yang mengisahkan perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir dari perkahwinan mereka in telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini. Beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan tetapi telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat melahirkan anak. Dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan anak selepas mandi di tasik ini.













No comments:

Post a Comment