Thursday, 21 June 2012

Jangan Ambil Padang Kami...





Dah lama dah sebenarnya aku dok ikuti drama bersiri ni sebab suke tengok lakonan ganas si Shazwan tu...start dari citer Juvana lagi....mmg menjadi la watak dia.  Watak si Izreen pun best gak... lakonan yang mantap la dorang ni. Drama ni menupas isu kemasyarakatan terutama di kalangan penduduk flat. Memang besttt...tak dela kisah rumah besar, banglo, kete besar,  makan kat hotel, cintan-cintun.... Memang terbaikkk....

Sinopsis Jangan Ambil Padang Kami

Jangan Ambil Padang Kami mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Kisah bermula pada suatu pagi, Nik, 15, seorang budak lelaki sedang bersiap untuk bermain bola di padang. Dengan berpakaian lengkap persis seorang pemain bola sepak professional walaupun nampak seperti memakai baju pinjam - gelebeh dengan baju yang besar - tetapi mempunyai hati seorang bintang bola sepak terkenal.

Sedang dia melangkah dengan bola di tangan, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan bunyi bising beberapa pekerja yang mahu memasang papan tanda besar yang mengatakan bahawa kawasan padang itu akan didirikan dengan sebuah rumah kedai empat tingkat yang mempunyai lebih dari satu blok. Beberapa lelaki yang lengkap dengan baju kontraktor, menghalaunya keluar dari padang itu. Nik yang memang sedikit lembab, tidak mahu berganjak dari padang itu. Dia menangis - salah seorang lelaki pekerja di situ, telah hilang sabar dan terus mengherdik Nik. Nik terus melarikan diri dan bertemu abangnya, Zain, 18.

Zain pergi ke padang itu dan baru dapat tahu yang satu-satunya padang bola-sepak di kawasan condo/apartment/flat kediaman mereka itu bakal didirikan dengan bangunan rumah kedai. Zain bukan sahaja marah akan hal adiknya yang diherdik, malah, sekarang ini perkara berkenaan menjadi lebih peribadi disebabkan padang itu. Zain dan Nik mula mengumpulkan rakan-rakannya – Labu, Murat, Juju, Maizatul dan Akmar untuk mula menyiasat. Mereka tujuh sahabat mula naik turun pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui apa yang sebenarnya dirancangkan untuk padang berkenaan. Seboleh mungkin mereka bernekad untuk mengetahui siapa yang berkuasa terhadap Tanah berkenaan.

Ini akan jadi satu pengembaraan di kalangan tujuh sahabat ini untuk “menyelamatkan” padang mereka. Sama ada mereka berjaya atau tidak bukan jadi materinya, tetapi yang penting ialah perjuangan dan pendirian.

Ini padang kami.
Ini tempat kami bermain bola.
Padang ini identiti kehidupan kami.
Kalau ia dimusnahkah, di mana lagi kami mahu pergi.

Setiap episod bakal diselitkan serba sedikit tentang kehidupan susah senang di flat mereka.

Pelakon Jangan Ambil Padang Kami: 

Beto
Izreen
Elfira
Naim Danial
Syazwan Zulkifli
Shera Ayob
Izzue Islam

No comments:

Post a Comment