Semalam ada terbaca kat entri satu blog ni mengenai penggunaan 'walker' untuk melatih baby berjalan. Kebetulan pulak, baru beli 'walker' untuk aina, memang niat nak ajar dia berjalan pun...tapi dalam entri tu kata sebenarnya walker ni tak elok untuk baby....
"Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan 'kereta' kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik yang bebas dari bahaya.
Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlumeniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya.
Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulanyang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan.
Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. "
Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulanyang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan.
Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. "
Mengapa Baby Walker tidak perlu?
Menurut Dr Brenda J Shield lagi, Baby Walker sebenarnya tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan, malah melambatkan kanak-kanak itu belajar berjalan akibat perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang.
Berguling, duduk, merangkak dan bermain di lantai sebenarnya mengajar kanak-kanak asas untuk berjalan.
(Kajian : Petridou, E. et al (1996) Hazards of baby walkers in a European context. Injury Prevention, 2(2), 118-120 )
Kanak-kanak berkembang mengikut jangkamasa tertentu. Biasanya ia mula bertatih pada usia 8-12 bulan dan berjalan dari usia 10-15 bulan.
(Jika kanak-kanak itu masih tidak boleh berdiri di usia setahun, haruslah membawa berjumpa dengan pakar paediatrician untuk mendapat nasihat). Untuk berjalan, kanak-kanak dikawal oleh dua sistem di dalam otaknya yang dikenali sebagai sistem perasa (sensory) dan sistem motor (otot pergerakan). Penglihatan dan perimbangan kanak-kanak ini akan mengawal pergerakan kaki dan cuba mengekalkan kedudukan dan imbangan bila berjalan.
Apabila kanak-kanak itu semakin membesar, perubahan fizikal amat ketara – kaki bertambah panjang, bahu semakin melebar dan kepala semakin mengecil secara nisbah berbanding dengan badan- menyebabkan kanak-kanak itu mudah mengimbangi badan ketika berdiri dan berjalan.Untuk berjalan, kanak-kanak itu perlu berlatih, iaitu berdiri dan dan melangkah perlahan-lahan. Dengan itu ia merangsangkan secara tidak langsung perkembangan otot (motor) dan perasa (sensori).
No comments:
Post a Comment