Sunday, 17 June 2012

Kulit sensitif

Pagi Sabtu lepas bangun je tido baru perasan ada merah-merah kat pergelangan siku kat lengan aina. Mula-mula ingatkan saje je. Tengah hari tu merah-merah tu mula jadi mcm kesan lecur, aku sapukan jela ubat gamat kot-kot hilang tapi tengok makin teruk. ishhh, pelik la pulak. Ingatkan nak jadi kurap ke kayap ke....sebab macam melecur rupanya tu... hati dah tak sedap dah. Petang tu jugak bawak aina ke specialist hospital (panel hubby) kat DEMC (Darul Ehsan Medical Center).... Nasib baik aina tak garu-garu kalau tak lagi teruk la luka tu.....

Alhamdulillah, dah jumpa doktor .....nasib baik bukan kudis tapi alargeik kulit (mcm ekzema) sebab peluh...yela kan aina badannya sangat sihat jadi bila lasak-lasak berpeluh tang bahagian pelipat tu la yang nk kene dulu...just jangkitan kuman sikit + kulit sensitip tu yang cepat merah-merah.....  doktor bagi ubat sapu + antibiotik je..... Hmmmm, lega rasa...Pas sapu ubat tu hari Ahad petang tu dah ok sikit dah luka tu... Insyaallah, makin beransur sembuh...Hmmm, macam-macam la anak ibu sorang ni...








Kat bawah ni ada sedikit info untuk kita kongsikan bersama :


EKZEMA ni salah satu bentuk keradangan kulit yg biasa dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa tapi risiko kanak-kanak menghidapi penyakit ni berbeza-beza mengikut genetik. Ada pakar ckp sebahagian daripada puncanya:pengaruh keadaan sekeliling n alahan terhadap pemakanan. Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas. Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.

Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi. Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa bahawa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit tersebut. Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit baby dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk. 
Guna sabun khas sewaktu memandikan baby cth:sebamed. Selepas mandi, baby perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas.

Ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.Tapi bila bb atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.Selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman. Rawatan asas-memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap. 

Rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut. Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.

Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua. 



Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema: 

  • Bawa anak berjumpa doktor
  • Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.
  • Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
  • Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
  • Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.
  • Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.

No comments:

Post a Comment