Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, 5 January 2016

Aina masuk sekolah

Pejam celik...pejam celik dah besar anak ibu. Dah masuk 5 tahun dah. Kakak dah mula minta nak ke sekolah. Mula2 minta tadika kemas dekat dengan tempat keje lama tapi bila dah kene transfer tempat keje kene la cari yang dekat sikit dgn rumah dan opis baru ibu. Alhamdulillah, CIC masih kosong time tu kebetulan mmg nak masukkan Aina Januari 2016. 2 minggu orentasi sebelum start sesi persekolah awal tahun 2016. Alhamdulillah Aina xbuat perangai, cepat dapat kawan. Nasib baik la sbb kalu tak mmg mengalir la air mata dia...... 'drama queen'! Balik umah mulut pot pet...pot pet bercerita pasal sekolah baru, kawan baru, ticer baru....memang dari pemerhatian ibu ni dia suka sangat la sekolah situ, Alhamdulillah! Kesian adik, terpisah sekejap dengan kakak...tapi tengah hari kakak transit kat taska adik boleh jumpa kakak so xdela adik sorang2 kan.


Tu baru cite pasal sekolah Aina. Ibu juga dah daftarkan Aina masuk kelas ngaji iqra' untuk kanak2. Hari pertama pegi memang macam excited tapi lepas ibu tinggalkan dia kejap dah mula nangis.....tarik beg nk larikkkkkkkkk! Adoiiiii, kejap je kot kelas ngaji tu nak oiiii...... Lepas kelas je meluru dia lari kuar carik ibu sambil lap air mata. kompom nangis lagi! Ni belum masuk darjah 1 lagi nih...Mungkin sebab kelas ni malam so biasanya time ni dia tgk cite katun atau tido tu yg xberapa best kot bagi dia. Tak pe la nak demi masa depan kamu jugak.... kena la bertahan belajar ngaji ni memang mencabar sikit sebab setan banyak!!! hehehehe...



Monday, 25 May 2015

Penangan DUBSMASH anak2 bertuah ni....


Hahahahah kalau orang lain sibuk upload dubsmash dorang kat youtube ni ha amik .... budak2 bertuah ni buat dubsmash. Yang adik terlebih excited lak. hahahahaha....mula2 ibunya buat pastu anak2 pun nk try gak. Layankan jela hobi kitorg ni. Umur si ibu dah tua tak hengat...ada hati nak ber'dubsmash'....







Lepak kat Taman Seri Empangan, Putrajaya "BELON"

Cuti hari minggu aritu tak tau nak ke mana. Dah selalu sangat dah masuk shopping Complexs kan, so ingat nak makan angin sekitar Putrajaya je la. Ajak hubby gi lepak kat Taman Seri Empangan. Permandangan cantikkk.... Kebetulan masa pegi tu ada orang jual belon air... kakak punya la suka main xhengat nak balik. Adik dari dalam kete smpai kitorg nak balik asyik tido je.....










"Putrajaya sememangnya terkenal sebagai bandar dalam taman. Landskap Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu sememangnya dirancang supaya memudahkan masyarakat dan pelancong asing yang mengunjunginya. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya Taman Seri Empangan yang terletak di Presint 5 berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC). Dengan kemudahan yang disediakan, anda boleh membawa seisi keluarga untuk bersama-sama merehatkan minda dan menikmati keindahannya setelah penat bekerja. Bagi kaki joging, anda boleh melakukan aktiviti kegemaran dengan tenang sambil menghirup udara segar kerana trek disediakan di sekelilingnya. Turut disediakan pondok rehat sebanyak lima unit yang menghadap ke tasik dan empangan, pasti memberikan pemandangan cukup indah apatah lagi jika di waktu senja.

Untuk mereka yang ingin berkelah, bawa sahajalah makanan anda untuk dimakan bersama keluarga secara santai di bawah pondok tersebut sambil bercerita dan gelak ketawa. Jangan risau jika anda tidak membawa makanan kerana di sini juga terdapat restoran yang menyajikan pelbagai makanan.

Lokasi kegemaran
Pepohon yang rendang memberikan udara yang segar kepada pengunjung, sekali gus memayungi apabila cuaca panas.Terdapat dua padang permainan kanak-kanak yang disediakan bagi menampung jumlah kanak-kanak untuk bersuka ria, terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Taman Seri Empangan dibuka kepada awam pada Jun 2007 ini sememangnya sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan teman. Malah, keindahan panorama di sini menjadi daya tarikan kepada pengarah untuk dijadikan lokasi penggambaran dalam drama dan filem mereka. Taman ini juga menjadi lokasi kegemaran bagi pencinta dunia fotografi kerana banyak sudut menarik boleh diperoleh di sini seperti empangan, bangunan kerajaan dan jambatan.

Antara kemudahan lain disediakan adalah tandas dan surau untuk mereka yang mahu menunaikan solat di situ. Jika berkunjung ke sini pada hujung minggu, anda boleh melihat banyak aktiviti lain yang dilakukan oleh pengunjung seperti bermain kapal terbang dan kereta kawalan jauh. Untuk ke sini juga anda tidak perlu bersusah payah mengharungi kesesakan lalu-lintas kerana laluannya cukup mudah. Hanya memandu terus dari Masjid Putra, Putrajaya sehingga PICC.

Ikan Bakar Seri Empangan
Ada kedai ikan bakar kat sini tapi kami xpernah lagi try kat sini. Bagi sapa2 yg nak boleh la try. Restoran Ikan Bakar Seri Empangan adalah cetusan idea YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang mahu warga Putrajaya serta orang luar menikmati makanan laut ala Umbai, Melaka atau Muara, Klang dengan harga berpatutan.

Terletak di Presint 5 Putrajaya dan berdekatan dengan Putrajaya International Convention Center (PICC) pelbagai kemudahan disediakan malah Seri Empangan menawarkan resipi yang enak serta pemandangan menakjubkan terutama pada waktu malam. Menu Utama Ikan Bakar, Masakan Melayu Tradisional, Makanan Laut, Minuman Petang, Masakan Panas, Kek, Kuih-Muih, Bubur. Waktu Perniagaan 10 pagi – 10 malam (Tutup pada hari Isnin). Menerima Tempahan Majlis Korporat, Perkahwinan, Hari lahir. Kemudahan Karaoke, wifi juga turut disediakan. Tel : 013-3490191, 012-4268081, 017-3368081, 012-2888340, 012-3378081

Monday, 27 April 2015

Kakak & Adik

Bila anak-anak dah besar teringin jugak nak ada baby lagi kan tapi....nanti la dulu sebab kepala sakit melayan 2 org gegirl ni dah mcm ada anak lelaki dah. Suka gaduh....adik pantang nampak barang kakak nak ambik, kakak pulak bila adik ambik barang mula la rampas balik maka terjadilah drama berepisod....hadoiiii ibu la saksi segala kejadian yang berlaku. Suara ibu dah menguasai suasana umah "kakakkkkkk....adikkkk....." terjerit2 la ibu ni ha. Anak2 buat dek je...sabo je la...Sekarang dorang ada hobi baru...jeng..jeng..suka ber'penampor' orang... pantang salah sikit tangan si kecik tu mula la melayang kat pipi ibu. sesedap rasa dia je dia nak lempang ibu pastu bila kene marah buat muka xbersalah, siap senyum lagi..alolololo comey pulak xjadik la si ibu nak marah!




Tu bila time dorang gaduh tapi bila penat gaduh tau pulak masing2 nak berkepit kan. Boleh pulak korang dok baik2 kan....hmmm, macam2 perangai macam2 ragam tu baru 2 anak...Bila dah berbaik mcm tu ibu la orang yang paling lega dan tersenyum lebar...senang hati! tapi.......itu cuma sementara ...lepas tu korang akan gaduh balikkkk !!!!!






Dulu, hampir 2 tahun aku tunggu nak anak. Mulut orang asyik tanya je bila lagi... sedih sangat time tu. Tapi bila pregnat kat kakak Alhamdulillah. Ibu sayang kakak dan adik ketat2.... ibu kene garang sebab nanti korang terlebih manja. Apatah lagi dengan papa..dia memang suka manjakan korang. Pantang dengar nangis asyik nak dukung je. Ibu? korang jangan harap la nak dapat dukung tambah kalau besar2 mcm sekarang...No Way laa... Adik pun dah pandai jeles dah. Bila ibu peluk @ cium kakak, adik akan datang peluk cium ibu jugak, last2 dua2 ibu rangkul erat. Sayang anak2 ibu....


Sunday, 21 December 2014

Happy Besday Nur Aisha Imani

02 Disember 2014 yang lepas genapla usia adik Aisha setahun. Dah boleh berjalan dah, gigi dan ada 4 batang, makan....memang berselera je la. Alhamdulillah, Allah berikan adik kesihatan yang baik sepanjang usia adik setahun. Lepas tu sehari lepas besday adik demam panas badan adik cecah 39.9 ...risau ibu. Rupanya adik nak kene campak sekam (ala yang kecik-kecik tu macam ruam)...... Takpe doktor kata imune badan adik berfungsi lepas kene injection setahun. Mula2 sambut besday adik kat rumah je dengan ibu, papa, kakak dan mak ngah (adik ibu la)...ibu belikan cake comel je 1 untuk adik dan 1 untuk kakak. Tapi yang terlebih excited kakak la....



Hari sabtu tu baru celebrated besday adik kat umah nenek. Banyak nenek masak....tak jemput ramai pun cuma sedara mara dengan jiran-jiran nenek je. Kebetulan besday adik dekat2 je dengan besday paman feruz, auntie Nora, auntie jad.....so papa beli kek 2 bijik. Yang Doraemon tu of kos la adik punya.....Macam biasa la kakak yang terlebih excited tiup lilin belum sempat orang abis nyanyi lagu besday kat adik....



Tuesday, 9 December 2014

Masa dengan anak-anak

Kejap je masa berlalu....dapat tengok anak-anak membesar depan mata adalah satu rahmat yang memang tiada tolak tandingnya...cewahhhhh, ayat xhengat... betul..rasa macam baru lepas abis pantang je kat Aisha tup2 dah setahun anak bunda cumel tu....heheh. Ibu akan pastikan setiap kali ada masa terluang ibu akan bawak dorang jalan-jalan atau ke taman permainan. Yela kan dahla hari2 kene tinggal dengan pengasuh, hari cuti jela dapat spend time dengan budak2 ni. Anak-anak hepi, ibu hepi, papa hepi....




Cuma yang berlum terlaksana adalah nak bawak anak-anak jalan-jalan jauh sikit...tahun ni (2014) cuti ibu memang ngam-ngam je sebab kerap cuti balik kampung, EL sebab ibu ada urusan, ibu tak sihat, anak-anak ibu tak sihat....ada kematian sedara la....Tapi nanti ibu & papa akan plan untuk bawak anak-anak ibu gi jalan-jalan.....kakak Aina memang suka sangat main kat play ground, Kebetulan masa balik keje dari opis ke tempat ni xjauh so singgah kejap la layan dorng main. Hilang penat ibu bila tengok anak-anak hepi macam ni.....








Besday Aina

Dah lama sangat tak update blog ibu ni, banyak yang tertinggal. Ok nak share pasal besday Aina aritu....8 September aritu (dah lama dah kan) buat bday Aina kecik-kecik je. Tu pun buat kat Taska dia je celebrated dengan kawan-kawan hepi sikit. Bila tanya Aina nak kek apa? dia jawab nak kek Frozen...hmm dah agak dah ...tsunami Frozen kan ...budak2 kompom tau bila sebut je Frozen, let it go.....snowman..bla..bla....ok back to the point... : )

Punyala google kat internet nak cari kedai kek yg boleh amik tempahan kek frozen...memang banyak kedai tapi berkenan pulak dengan sorang akak ni ...dia buat kek dari rumah..sebab pilih akak ni? heheh dekat dgn umah la senang nak gi amik. Kat Presint 11 ni jugak tak jauh. kek pun murah RM80 (1kg) ...okla kan standard price la sbb request chocolate cake ...



Tapi tu la kan......hset problem abis hilang no tepon akak ni.....huhuhuhu. Alhamdulillah puas hati la dengan kek ni....ala, budak je kot yang nak makan kan. Beli jajan sikit, air kotak n toys sikit bubuh dalam plastik bag sebagai goodies untuk kawan-kawan Aina. Suka la dia siap rewuest nak pakai crown as like as prince Elsa....hahahaha...baju pun nak pakai Frozen jugak. Nasib baik jumpa crown yang dia nak tu. Ikutkan jela.....suka tengok Aina hepi. Zaman ibu dulu-dulu tak ada maknanya la nak celebrate besday ni....huhuhuhuu. At least zaman anak-anak ni bagi la dorang rasa sikit asalkan tak la berlebihan, berpada-pada cukuplah. Besday Aina setahun buat kat umah nenek dia (mertua), besday 2 tahun beli kek kecik je sambut kat umah dengan ibu n papa je....kali ni dia dah besar sikit dan dah ada ramai kawan boleh la buat besday kat taska. Apa2 pun hepi besday Nur Aina Amani...semoga kamu membesar jadi anak yang solehah, baik, pandai, bijak, elok budi pekertinya...dan sentiasa dalam lindungan Allah. Ibu, papa, adik sayang ketat2 kat kamu !






 

Sunday, 7 April 2013

Ajar Aina baca doa

Step by step ibu amik untuk nak biasakan Aina dengan bacaan doa. Start dari sebelum makan baca Bismillah, lepas solat aminkan doa, lepas azan aminkan doa...... mula2 susah jugak nak suruh dia angkat tangan. Yela, xbiasakan tapi bila ibu biarkan dia tengok ibu solat pastu abis solat ajak dia sama2 angkat tangan baca doa then aminkan doa tu, Alhamdulillah setiap kali sudah solat dia akan tunggu untuk duduk atas riba ibu @ papa tadah tangan dan aminkan doa. Alhamdulillah, sama juga bila dia dengar azan. Ibu harap Aina dapat kekalkan tabiat dia ni sampai besar... takut jugak bila dah besar dah dapat akal mula la nk memberontak. Harap2 tak la ye cayang ibu....




Aina buat 'mural' kat dinding

Baru2 ni Aina dah dapat hobi baru....buat 'mural' kat dinding rumah yang masih lagi putih tu. Kadang2 bukan takat dinding, tiang, dapur, pintu bilik air, lantai.... pun dia akan lukis. Tak tahu la kenapa kan. Tapi memang budak2 di tahap usia dorg macam ni memang suka conteng dinding. Ibu dah belikan pensil dan kertas lukisan tapi masih jugak nak lukis kat dinding. Cepat pulak tu, dalam sekelip mata je tup2 dah ada signature kat dinding... bentuk ntah apa2 ntah.... Mula2 panas gak ati sebab ibu kene padam balik tapi bila papa kata xpe, biarkan je... pastu papa la yg kena padamkan. Hahahaha, sekali dua papa leh tahan lagi sampaikan satu tahap mmg papa dah hangin memang kene marah la si aina. Kecut je bila papa marahkan dia. Kesian pun ada tapi tu la kalau xmarah, satu rumah ada signature dia. Nasib baik bagi pensel je....hahahahha....

Trick aina ni mula2 ibu dok perati masa dia pegang pensel dia buat xde benda je sambil mulut nyanyi2....bila ibu toleh ke lain kejap je pastu toleh balik tgk dia mmg dah ada la signature tu kat dinding..cepat sungguh... dengan muka tak bersalah dia tersenyum je pandang ibu sambil tunjukkan hasil 'mural' dia tu..... ibu tarik nafas dalam then pegi dekat dgn aina... " aina, jangan conteng kat sini tau nanti rumah kita tak cantik. Aina tulis kat sini ye. ...." sambil tunjuk kat kertas lukisan depan aina. Tiba2 boleh pulak di amenjawab "nanak...." sambil buat mulut muncung. Amboi, paham pulak apa yg ibu cakap. Nak tak nak terpaksala ibu meniarap sekali dgn aina ajar dia lukis kat atas kertas lukisan putih tu.... mula2 susah jugak nk biasakan tapi Alhamdulillah, sekarang makin kurang la 'mural' kat dinding.......heheheheh




muka kena marah....

Doa untuk anak-anak



Orang kata doa ibu bapa sangat dimakbulkan Allah. Justeru, sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk anak-anak kita. Antara doa untuk anak2 :