Tuesday, 19 June 2012

Aina tumbuh gigi



Dalam sedar tak sedar Aina dah ada 4 batang gigi dah. Mula-mula dulu naik sebatang kat belah bwah betul-betul tengah-tengah pastu jadi 2 batang. Kemudian tumbuh pulak 2 batang gigi depan kat bahagian atas pulak. Patutla sekarang kuat menggigit... semalam tengok lagi sekali kat tepi atas dan bawah dah nak naik gigi lagi...amboi, patutla anak ibu kuat makan nak tumbuh gigi rupanya. Pasni gigi banyak leh kunyah-kunyah laju ye... 

Member ada tanya kenapa anak dia yang berusi 11 bulan tak tumbuh gigi lagi? Hmmm, soalan tu susah nak dijawab sebab aku bukan doktor gigi yang pakar dalam hal ini. Mungkin la kot perkembangan setiap kanak-kanak tu tak sama. Ada yang cepat berjalan, merangkak, bercakap dan ada yang lambat. Mungkin sama kot macam pertumbuhan gigi ni. Nak katakan aku bagi Aina makan ubat ke apa-apa ke tak ada..susu je la dengan nasi.... Tapi harus diingat tidak semestinya perkembangan kanak-kanak akan berlaku seiring dengan usia mereka.... jangan bimbang rasanya tak lama lagi tumbuh la gigi anak awak tu ye... : )

Kat sini ada info sikit pasal : Fasa Pertumbuhan Gigi bayi

Pertumbuhan gigi pada setiap bayi berbeda-beda secara alami, yaitu berkisar antara usia lima sampai sembilan bulan. Tetapi mayoritas gigi bayi tumbuh pada bulan keenam.

Kemudian tumbuhlah gigi-gigi yang lain pada bayi, seperti keterangan di bawah ini: 
  • Pertama  : Dua gigi bawah di depan. 
  • Kedua     : Dua gigi atas di depan. 
  • Ketiga     : Dua gigi atas di samping. 
  • Keempat  : Dua gigi bawah di samping.
  • Ketika mencapai usia tiga tahun, maka jumlah gigi bayi adalah tiga puluh, dan muncul di antaranya gigi geraham dan gigi taring.
  • Pada usia enam tahun, gigi-gigi bayi akan copot secara bertahap dan digantikan dengan gigi tetap. (Gigi-gigi yang tumbuh pada periode pertama dari bersifat sementara diberi nama gigi susu). 
Biasanya, gigi yang terlambat tumbuh pada bayi disebabkan karena adanya kekurangan zat tertentu dalam makanan, atau disebabkan karena penyakit tertentu. Jika terjadi keterlambatan tumbuhnya gigi pada anak Anda, maka konsultasikan kepada doktor gigi untuk mendapatkan pengobatan.

Gejala-gejala yang muncul bersamaan tumbuhnya gigi 
Adalah sesuatu yang normal jika bersamaan dengan tumbuhnya gigi, akan muncul pula beberapa gejala. Seperti naiknya suhu badan, atau sedikit mencret disamping itu juga bayi akan merasa kesal, atau tidak bergairah, dan kadang merasa gusinya sakit, karena giginya akan muncul. Oleh karena itu, ibu hendaknya tidak terlalu khawatir jika mendapati gejala seperti diatas. Karena hal tersebut wajar terjadi ketika gigi tumbuh pertama kali.

HARUS  DIINGAT : 

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja. 

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi

Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi. 

No comments:

Post a Comment