Hmmmm, mula-mula mcm macam malas betul nak masak apatah lagi bila terkenangkan ketam... hadoi, nak masak apa la ye... ye la selain daripada masak lemak masak apa yg best .... pikir punya pikir last2 tak pela malasa la nak pikir buat la jugak masak lemak cili api ni......feberet hubby jugak ni. yang penting dia makan.....hehehehe
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup tua
3 ekor ketam (aku suka potong 2)
1 helai daun kunyit (carik-carikkan)
santan
sekeping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
cili padi (ikut la agak dlm 7-8 biji)
2 batang serai - dititik
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara :
- ketam dibuang kulit , potong sedikit kaki2 ketam yang kecil dan ketuk sepit ketam dgn anak lesung batu supaya kuahnya mereseap.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar bersama serai titik, asam gelugor dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Tuang santan dan masak hingga mendidih.
- Masukkan ketam dan masukkan daun kunyit. Bila mendidih dan tambah sedikit gula jika suka.
- Masak hingga mendidih atas api perlahan. Tapi kene selalu kacau kuahnya takut2 pecah minyak kalau dibiar lama sbb nnti xsedap...
- Bila dah masak tu angkat dan hidangkan....
sedapnyeeee...feveret sy jugak tuh
ReplyDelete