Tuesday 26 June 2012

Program TRIMa - Jabatan


Program Teksi Rakyat 1Malaysia(TR1Ma) pada Ahad lepas adalah satu lagi usaha kerajaan dalam memartabatkan peranan pemandu teksi dan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara. Lebih daripada itu, TR1Ma, yang telah berlangsung di perkarangan letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil, turut mengetemukan para pemandu teksi dengan pemimpin nombor satu negara - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. TR1Ma dengan jelas menunjukkan penghargaan bagi warga pemandu teksi yang dianggap sebagai 'duta kecil', khasnya memandangkan mereka sentiasa berhubung dengan orang ramai termasuk pelancong dari luar negara. Dengan ini mereka dilihat secara tidak langsung mempunyai peranan penting dalam meningkatkan imej negara, memberi penjelasan terhadap dasar kerajaan dan berhubung dengan tarikan destinasi pelancongan negara.

* Ha, tu dia program yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama SPAD & PETEKMA.....Aku??? jadi urusetia bodoh-bodoh je, ala tolong mana-mana yang patut.  Macam-macam ada kat program ni... Ada cabutan bertuah, penyampaian bantuan subsidi tayar, ada persembahan artis-artis tapi yang paling best cabutan bertuah la sebab hadiahnya menarik. Ada samsung galaxy note, net book, motosikal, hamper, tiket penerbangan, voucher tayar kete dan yang paling best hadiah utama KERETA PERSONA...wow! bukan untuk aku tapi untuk pemandu-pemandu teksi yang hadir...bestnyerrrr....







KETERANGAN MENGENAI PROGRAM TRIMa :

IDEA

Difahamkan bahawa idea ini adalah dari Y.A.B. PM sendiri yang memahami masalah pemandu dalam menanggung kos penyenggaraan yang tinggi.

OBJEKTIF BANTUAN
  1. Tambah baik kualiti perkhidmatan teksi (dengan tayar kenderaan yang baru).
  2. Mengurangkan beban pemandu teksi dalam menanggung kos penyenggaraan.
  3. Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan teksi (semua teksi pakai tayar ori dah lepas nie.. :-). 
KELAYAKAN
  1. Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Kereta Sewa dan Teksi Lapangan Terbang (kecuali syarikat yang mendapati konsesi daripada kerajaan - Contoh..., Airport Limo). Teksi LCCT layak dapat bantuan TR1Ma ini.
  2. Pemandu teksi yang tergolong dari jenis-jenis teksi di atas dari seluruh Malaysia, layak menerima bantuan ini.
  3. Memiliki kad pemandu yang sah,
  4. Pemandu Pertama sahaja yang layak memohon (pemegang kad pemandu kedua tidak layak).
PROSES UNTUK MENDAPAT VOUCHER
  1. Isikan "Borang Permohonan TR1Ma" yang diberikan secara PERCUMA secara online, pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Borang tersebut juga boleh disalin semula (fotostat).
  2. Serah "Borang Permohonan TR1Ma" yang telah lengkap diisi dengan melampirkan salinan kad pemandu dan salinan kad pengenalan kepada SPAD sebelum 17hb. Jun 2012. Pemandu yang hantar borang sebelum 17 Jun, akan menerima voucher semasa perhimpunan di Bukit Jalil nanti. 
  3. Jika terlewat, selepas 24 Jun 2012, anda masih boleh menghantar borang TR1Ma terus ke pejabat wilayah SPAD dan boleh dapatkan terus voucher.
TERMA DAN SYARAT VOUCHER
  1. Setiap pemandu yang layak akan menerima 2 keping voucher yang setiap satu bernilai RM260.00 untuk mendapatkan 2 biji tayar. Kedua-dua voucher ini bernilai RM520.00.
  2. Tempoh sah laku voucher ialah selama 6 bulan. Anda boleh menukarnya dalam tempoh tersebut.
  3. 175 kedai tayar Goodyear 220 rangkaian kedai tayar Continental di seluruh Semenanjung telah dilantik sebagai panel. Penukaran voucher hanya boleh dibuat di kedai tayar ini sahaja. (rujuk pada link di bawah)
  4. Penukaran tayar boleh dibuat selepas 14 hari anda menerima voucher.
  5. Tidak boleh ditukar dengan tunai.
  6. Sekiranya tayar yang dibeli melebihi dari nilai voucher, sila-silalah tambah sendiri... :-)






























No comments:

Post a Comment