Thursday, 7 June 2012

Menguruskan jenazah


Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.  

 CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH
  1. Pengendali mayat hendak
  2. lah memakai lengkap dengan sarung tangan.
  3. Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.
  4. Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala hingga hujung kaki. Siraman air hendaklah bermula daripada kepala.
  5. Istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
  6. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
  7. Menggeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.
  8. Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tinggal.
  9. Siram dan basuh dengan air sabun.
  10. Bersihkan gigi, hidung, telinga, jari tangan, pelipat lengan, celah ketiak, rambut, dan jari kaki.
  11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
  12. Kemudian bilas dengan air yang bersih ke seluruh anggota mayat sambil berniat.
  13. Lafaz niat jenazah lelaki " Sahaja aku memandikan jenazah lelaki ini kerana Allah Taala."
  14. Lafaz niat jenazah perempuan " Sahaja aku memandikan jenazah perempuan ini kerana Allah Taala."
  15. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
  16. Siram sebelah kanan dan kiri 3 kali.
  17. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
  18. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
  19. Terlentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.
  20. Sediakan air kapur barus.
  21. Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis(kain kapan).
  22. Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.
  23. Lepas itu wudukkan mayat.
  24. Lapkan mayat menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
  25. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan tutup seluruh tubuhnya dengan kain.
  26. Setelah itu mayat diusung ke tempat pembaringan untuk dikafankan.
  27. Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. Contohnya rambut, kuku dan lain-lain.


Persediaan solat jenazah:
  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

No comments:

Post a Comment