Thursday 28 June 2012

Karoot Komedia


Sejajar dengan konsep Astro Warna (saluran 132) yang ingin sentiasa memberikan program lawak berkualiti kepada penonton mereka, sebuah rancangan komedi terbaharu, Karoot Komedia telah disajikan kepada penonton yang inginkan komedi secara berterusan.


Karoot Komedia merupakan sebuah program komedi muzikal yang berdurasi selama 30 minit. Melalui gabungan muzik dikir barat serta lakonan sketsa pelakon komedi terkenal, Astro Warna menjanjikan program ini bakal menyerlahkan sisi lain serta konsep baharu rancangan komedi yang sedia ada di Astro Warna kini.
Karoot merupakan perkataan yang lahir daripada tukang karut yang bertindak sebagai pencerita semasa dikir barat. Istilah komedia pula lahir daripada perkataan Greek iaitu comedia iaitu gelaran kepada teater komedi di Greek.
“Antara keunikan yang bakal diselitkan menerusi Karoot Komedia adalah penampilan kumpulan dikir barat yang mengikut tema sketsa pada rakaman minggu tersebut.
“Selain itu, ditampilkan pelawak-pelawak yang diminati ramai seperti Ebby Yus, Johan, Jep Sepahtu, Jihan Raja Lawak serta Yus Raja Lawak yang menjadi pelakon residen program ini setiap minggu.
“Konsep seperti ini dipilih kerana kami mahu berikan sesuatu yang berbeza kepada penonton. Idea ini juga tercetus setelah saya, Sabri Yunus dan Husin Saaban mencapai kata sepakat mahu menghasilkan sesuatu yang akan membuatkan penonton tidak berganjak dari depan kaca TV dari mula hingga ke akhir program,” jelas Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai tentang konsep yang dipilih.
Selepas tu muncul pulak Karoot Komedia X......best memang best kelakar sebab ada Johan. Aku memang minat kelakar Johan ni.....heheheheh....mak jemah la katakan....

1 comment:

  1. Ini siri kegemaran aku..Hilang stress tengok siri-siri komedi mcm ni :)

    ReplyDelete