Monday 31 December 2012

Rumah Peranginan BPH punya citer

Oktober 2011 dah booking rumah penginapan untuk bersantai2 di Fraser Hill. Alhamdulillah 2 bilik cuma RM100 je... booking by online je lagi senang sebab nak bercutinya hujung bulan 12 tahun 2012. Lama kan.....yela terpaksa sebab nanti dah fully book memang xde chance la nk dpt price yg mcm tu kalau bukan 'rumah peranginan BPH'. Nak cijadikan citer, tibe je tarikh tu 22 - 23/12/2012 planning memang tak jadi la sebab kebetulan mak datang dari kampung and ajak pegi melawat sedara kat Pasir Gudang. So ingatkan leh la gantikan dgn org lain. Kol org BPH just nk inform yang kami sekeluarga tak dapat dtg and boleh ke tak gantikan dgn orang lain. Jawapan yg diterima amat mendukacitakan. TIDAK BOLEH GANTI DENGAN ORANG LAIN!! tapi kan kitorg dah bayar.....

"maaf puan, hanya puan atau suami sahaja yang boleh mendaftar" terkelu sekejap lidah ni.
" Ermmm, ok kalau i buat surat then refer pd org tu pun xboleh ke?"
" tak boleh puan...."
"kalau register tu saya tapi masa check out nnti org lain yg chekout boleh?"
"tak boleh puan....."
"abis tu rugi la saya. In case saya xdpt pegi at least ada org lain ganti ok la jugak tak de la rasa membazir je duit tu"
"tak boleh puan......"
"abis tu kira burn la duit saya?" dengan perasaan bengang nihhhh...
" yup....burn la"


Hadoi, menyirap darah aku. Kalau aku mati pun nak aku jugak ke yang pegi register for check in? Bukan aku tak bayar pun......duit korang dah dapat nk rugi apanya kalau bagi orang lain check in....... susah sungguh nk kompromi.....

Makanya, burn la segala2nya........nasib baik harga murah kalau mahal memang aku sumpah seranah la ......

Monday 17 December 2012

Aina ke swimming pool

Kebetulan cuti sekolah ni mak n adik aku yang bongsu datang bercuti2 kat umah..... hmmm, bosan2 dok umah bawak dorg jenjalan g swimming pool (sebenarnya aina yang mandi) tengok gelagat budak2 main air...Amboi bukan main suker dorang. Part yang best tu bila tetiba aina dikerumuni oleh ramai budak2.. yela budak kan suka layan budak kecik ni. dorang dok tolak pelampung dia sampaikan dok melalak si kecik aina tu. Nak tegelak pun ada. Pas sorg, sorg lak yg dtg nak main dgn aina...amboi femesnye anak ibu ni.... dah dekat 20 minit kat dalam air terus angkat aina naik sebab hari pun dah nak hujan. Apa lagi 'mengeras' la badan dia xnak kuar dari pelampung cumil tu.... puas pujuk tapi harus la dia xlayan. Paksa jugak naik then salin baju. Tgk jari tangan dah biru n kecut dah ... tu pun ada hati nak main air lagiii...so aina, next time la kite dtg mandi lagi.......leh jumpa kakak2 n abang2 untuk sorong pelampong awk tu ye cayang....hehhe





Ajar Aina ngaji

Agak susah kan nak ajar anak mengaji ni. Mula2 kene kenalkan dorang dengan huruf2 Quran supaya mudah di baca. Ibu Aina pernah terbaca kat mag...kaedah didik anak diepringkat awal ajar baca quran ni. Tapi MasyaAllah, sabar je la dengan gelagat Aina ni. mau hilang sabar dibuatnya. Diperkenalkan Aliff, Ba, Ta...ok lagi dia ikut tapi dah lama2 dia buat donno je. Ibu Aina buatkan kad utk mudahkan dia ingat last2 dikoyakkan pulak. Panasnyer la hati ....memang kene banyak sabar kan. Semalam Ibu Aina ngaji dia pun sibuk dok kacau last2 letak dia depan Quran biar dia baca cara dia lak.....Hmmmmm, baca la sangat kan main je lebih.....tapi xpela walaupun bunyinyer uuuuu...eeeee...uuu...eeeekkkk at least dia nk jugak duduk depan quran. Konon2 tiru ibu la ngaji bunyi macam tu. Hmmmmm, tu baru sorang nanti masuk 2,3 anak sempat ke ibu aina ni nak fokus sorang2.... ada kesempatan ni kenela fokus kat aina je dulu.... mintak2 cepatla dia kenal huruf......






Friday 14 December 2012

Durian Crepe



Lately ni ramai pulak yang citer pasal durian crepe. Hmmm, sedap ke? Punya la nk try so orderla jugak sepeket dari sorg kakak ni. Ada 8 biji (durian kampung). Tak sabar nak makan, baunya punyala kuat sampai 1 opis dok tegur bau durian terpaksala cover2. Simpan dalam peti ais dulu sementara nk tggu balik keje.... sempat ni melantak kat umah...

Tapi apakan daya, balik umah nak makan durian crepe dah masammmmmm...alahai, mcm ner leh jadi masam? Kol n sms akak tu then nasib baik dia kata nak ganti balik yg masam...so semua masam..ganti 1 paket lagi la...huhuhuuhuh..... 

Kali ni nasib baik sedap.... nak kata sedapppp gilerr tu xdela sebab rasa durian je kot bukannya rasa lain. Cuma dibalut dengan crepe je ..... rasa mcm kuih ketayap lak berintikan durian....hahhaahhaha... kaler kuning ok.... nyummmmmmm.....


Gud News !!!

Dah lama dah up date blog.....malas pun ada kekadang rasa macam xsempat pun ada, nak cari mood tu la nak taip..heheh. Ni tengah free leh la up date apa yang patut.....

Ada berita gembira yang ibu aina ni nak kongsikan bersama...... tak lama lagi Aina akan jadi kakak... tekejut jugak bila dpt tau ibu aina ni +ve. 1st time wat pregnancy test naik 1 jalur je...hmmmm macam xkonpiden je.. then tggu dlam 2,3 minit baru muncul 1 lagi blur line...pun xkompiden gak...pastu g klinik utk double checkup.. then doktor kata..." Puan, confirm... +ve..u pregnant..." 

Alhamdulillah, tak sangka....tapi masih baru sesgt...baru 1 bulan lebih..kene lebih berhati2 la. ApA2 pun terima kasih Allah.....

Monday 24 September 2012

Adam & Hawa

Mula-mula terbaca iklan drama Adam & Hawa kat paper memang tak sabar-sabar nk tgk sebab sebelum ni just baca novel dia je tu pun dah lama dah. Almost dah lupa jalan cerita dia. Drama bersiri Adam & Hawa karya penulis Aisya Sofea telah mula ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134).

Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon utama iaitu Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid.


Memang best sangat drama ni. Bukan sebab Aaron Aziz yang berlakon tapi sebab jalan cite dia la kan... hmmmmm nak kata aku minat sgt dekat AA ni xde la sgt tapi sebab dah pernah baca novel dia tu yang xsabar lak nk tgk drama dia.


Monday 17 September 2012

Raya Aidilfitri 2012

Assalam, dah lama tak update blog ni maklumla sibuk attended open house sana sini. Heheheheh.... Neway, cerita pasal raya tahun ni memang best sebab beraya dgn Aina. Kalau tahun lepas raya berdua dgn Mr.hubby je sebab si comel Aina masih kat dalam perut 9 bln..tgh tggu hari nak meletup. Tahun ni dapatla beraya dengan dia. Apa lagi puas la ibu ni mencari baju kurung untuk Aina tercinta....tup2 tak sedar banyak pulak baju raya Aina. Bukan apa, teruja beli baju raya anak sampaikan baju raya si ibu sehari sebelum raya br beli....Tema tahun ni 'purple' ye uolllsss.....hehhe : )

Tahun ni beraya kat rumah mertua (turn hubby) kat Taman Subang Baru. Raya ke-dua baru balik Kedah. Punya la teruja bawak Aina balik kampung beraya bersama-sama.. Yang paling best banyak duit raya Aina dapat for her 1st time raya ni.

Nasib baik sepanjang jalan balik kampung Aina xmeragam ye la.. start masuk je Perak jem sepanjang jalan. Kete tak gerak2....aikkk, raya ke-2 pun 'jam' giler rupanya. Sebelum2 ni balik Kedah malam atau pun selepas berbuka posa tak pernah la tempuh 'jam' tapi raya kali ni almost 8 jam kat jalan....kat perak je 'jam' lepas masuk sempadan Kedah jalan dah 'clear'. macam2 permandangan la dpt tgk...kete rosak tersadai tepi jalan la, x-cident la, cium bontot kete la, ada yg siap leh berenti berkelah kat tepi jalan lagi...hahahha....dasyatttt....

Tapi, raya tahun ni memang best... apa2 pun tahun depan turn i...raya kat Kedah..lagi besttt !!! yahooooo

1st time raya
Aina & ibu
Aina & papa

orang raya dia nk tdo lak

muka mengantuk

Aina & pak ucu

My family

Aina & Tok Wan

Aina, Tok & Tok Wan

Aina, Tok , Tok Wan & mak su

Aina & Mak Su

Wednesday 15 August 2012

Ucapan Hari Raya


Dah hampir-hampir nak raya ni dah makin tak de mood nak update blog. Hehehehe....pikiran dok teringat balik kampung je..tapi sebelum tu, saya ingin mengambil kesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya kepada semua dan maaf la andai ada terkasar bahasa, khilaf yang tak sengaja sepanjang saya berblog ni. Manala tahu kan ada entry saya yang mengguris hati dan perasaan orang lain harap diampunkan... semoga kita sama-sama sentiasa dalam redha Allah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN

Iklan BERNAS yang menyentuh jiwa


Pengertian Anak Yatim
Anak yatim dalam bahasa Inggeris disebut 'orphanage'. Mengikut istilah pula, anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan yatim piatu yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam
Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.
Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri: “Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”
  
Walaubagimana pun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam. Anak yatim adalah anak yang kematian ibu bapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh, atau anak yang kematian bapanya sebelum  ia menjangkau baligh.  Islam mewasiatkan umat manusia supaya melakukan hubungan banik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak mereka.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun)
Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakand alam surah An- Nisa ayat 6.
Kewajipan sosial
Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).

Penjagaan Terhadap Anak Yatim
Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis.
  1. Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim
  2. Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”.
  3. Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”
  4. Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).
"Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka." “Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (At-Tabhrani)
  • Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.
  • Memakan harta Anak Yatim
    Di dalam AI-Quran ada tercatat sesiapa yang memakan harta anak yatim dia seolah-olah menyalakan api di dalam perutnya, Tuhan memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mengkhianati anak-anak yatim.

    Sifat-sifat Rasullullah


    Antara sifat-sifat yang ada pada diri Rasulullah S.A.W adalah seperti :
    • Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
    • Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
    • Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
    • Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
    • Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah? "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda."Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
    Subhanallah, begitu sekali sifat Rasul Allah ini.... apa saja perlakuan Rasullullah baginda akan terpikirkan tentang umatnya tetapi adakah umat baginda hari ini ingat padanya????

    Saat wafatnya Rasulullah S.A.W


    MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

    Pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.   Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw, Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"  

    Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."   Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"  

    Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"   Fatimah menjawab:  "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."  

    Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"   Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."   Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.   Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."   Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."   Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"   Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."   Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"   Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."   Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"   Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."  

    KETIKA SAKARATUL MAUT:  

    Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"   Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."   Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"   Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  

    Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"   Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."   Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."   Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"   Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  

    Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."   Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."  Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.  Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"   Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  

    Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  
    Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.  

    KESEDIHAN SAHABAT

    Berkata Anas r.a.:   "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:   Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."  

    Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata:   "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:   Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"  

    Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:   "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."   Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.   Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Muaz berkata:   "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan."   Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.   Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:   "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku."   Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:  "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."   (Surah Az-Zumar: ayat 30)  

    Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:   "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"   (Surah Al-lmran: ayat 144)   Maka Muaz pun menjerit lagi:  "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."  

    Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:   "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian dia berkata: "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw."   Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."  

    Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut:   "Bagaimana khabar Rasulullah saw?"   Orang tersebut menjawab:   "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."   Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz:   "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."  Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.   Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:   "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"   Muaz menyambungnya:   "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."   Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. 
     
    Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal:   "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan."   Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:   "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."   Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata:  "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."  

    Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."   Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:   "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah."   Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait."  
    Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:   "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."   Kemudian Fatimah berkata lagi:   "Masuklah wahai Muaz."   Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:   "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama."   Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.  (Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)

    Tuesday 7 August 2012

    Keluarga Iskandar di Astro

    Drama bersiri 15 episod ini dilakonkan oleh para pelakon hebat seperti Azhar Sulaiman, Susan Lancester, Anita Baharom, Zain Ruffedge, Hilal Azman, Kismah Johar dan ramai lagi. Bersiaran setiap Selasa jam 10.00 malam hanya di Astro Prima. Sitkom itu berkisar mengenai Mak Jah (Kismah Johar) seorang ibu yang tegas tetapi penyayang serta nenek yang bertindak menyatukan anak-anak, menantu dan cucunya walaupun terdapat perbezaan di kalangan mereka. Tinggal bersama anak perempuan bongsunya dan anak sulung yang menduda- Aziz.

    WATAK :

    Abang Long/ Aziz Iskandar(Hilal Azman)
    Duda anak tiga. Dua orang anak lelaki berada di luar negara. Manakala anak perempuannya berusia 9 tahun tinggal bersamanya.Tinggal bersama maknya atas desakan adik-adiknya yang risau akan rumah maknya yang tiada lelaki."Abang Long selalu beralah dan dia sanggup berkorban tinggal bersama Mak Jah kerana adik-adiknya yang lain mempunyai keluarga sendiri.

    Abang Ngah/ Azman Iskandar( Sobri Anuar)
    Pendiam, sukar membantah kata emaknya,berkahwin dengan Kamariah Abdullah  dan mempunyai dua orang anak lelaki.

    Kak Ngah/ Kamariah@ Kay(Susan Lankaster)
    "Kay atau Kak Ngah adalah seorang wanita yang sensitif serta hyper dalam kehidupan sehariannya baik sebagai isteri, wanita bekerjaya mahu pun menantu."Selain terpaksa melayan kerenah dua orang anaknya, Kay juga terpaksa melayan ibu mertuanya yang daripada awal lagi tidak begitu merestui perkahwinannya. Oleh kerana itu,dia tidak pernah berkata tidak jika mak mertuanya memanggil untuk datang ke rumah walaupun hatinya tak nak.

    Achik/ Azura Iskandar/ Kak Teh(Anita Baharom)
    Seorang Peguam.Suami bernama Kamal(Azhar Sulaiman).Mempunyai sepasang cahaya mata. . Suka bertanya apa sahaja kepada suaminya. Kamal seorang arkitek tapi telah diberhentikan kerja.Namun,dia menyembunyikan perkara tersebut dari Azura."Dia berlagak seperti biasa apabila dia keluar awal pagi dan balik petang kononnya sibuk bekerja. Tak boleh miss sahur sebab ada gastrik. Phobia dengan bunga api kerana tragedi yang menimpanya semasa kecil.

    Alang/Azlan Iskandar (Zain Ruffedge)
    Berkahwin dengan janda anak 1- Nur.Takut bersanding dan masih cuba memenangi hati anak tirinya  Jojo yang tidak suka akan kehadiran bapa baru disisi mamanya.

    Acu/ Adibah Iskandar(Hiera Hassan)
    Anak bongsu. Agak garang dengan anak-anak buahnya. Sebab tu,abang-abangnya selalu rujuk kepada dia untuk mendisplinkan anak-anak mereka yang degil.

    Keluarga Iskandar diarahkan oleh Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin. Buat kali pertama juga, sitkom itu dipersembahkan dengan cara terbaru apabila disisipkan elemen 'mockumentari'. Elemen itu memaparkan setiap watak bercerita dan menjelaskan apa yang berlaku kepada keluarga mereka.







     

    Wednesday 1 August 2012

    Sotong goreng kunyit

    Semalam balik rasa macam lesu je....bukak peti sejuk tengok apa yang ada untuk di masak buka poser karang....Hmmmm...sotong. Takkan nak buat masak kari lagi kot, sambal? kang sakit perut lak... buat simple2 je la..so jadila sotong goreng kunyit...hhahahhha...ringkas, cepat dan pastu leh releks tgk tv...




    Bahan-bahannya :
    1. Sotong
    2. bawang besar
    3. bawang putih
    4. halia
    5. kunyit hidup (kalau ada) kalau xde letak serbuk kunyit
    6. sedikit perasa (kiub pati ayam)
    7. Garam (letak sikit kalau tak masin)
    8. Sos tiram
    9. Cili api (dalam 4-5 biji)
    Cara membuatnya :
    1. Tumbuk bawang + hali+ kunyit + cili api
    2. Pastu potong sotong
    3. Panaskan minyak then tumis bahan2 tumbuk tadi...
    4. masukkan perasa + sos tiram
    5. Pastu masukkan sotong dan gaulkan....
    6. dah masak....apa lagi angkat dan hidangkan la...
    senangkan? senang je.....ni la masakan ala kadar namanya...hehehehe

    Hari Kemerdekaan ke-55

    Bila sebut je pasal merdeka ramai yang terbayangkan Jalur Gemilang kan..... pastu tugu negara.... hahhaha.... tapi tak dapat dinafikan kebanyakan dari kita hari ni dah makin tipis semangat kecintaan terhadap negara. Mana taknye tengokla anak2 muda sekarang dah macam dijajah... bukan secara fizikal tetapi mental...cara pakaian, perbuatan, amalan....dsb sudah tidak lagi melambangkan budaya Malaysia. Tapi aku bangga walaupun tidak dilahirkan pada era kemerdekaan tahun 50-an tapi syukur Alhamdulillah negara aman, damai hinggakan aku mampu menarik nafas lega dalam mengecapi nikmatnya erti sebenar kemerdekaan. Bayangkan betapa sukarnya nenek moyang kita dulu hadapi penjajah....ibarat berdepan dengan maut... tapi hari ni kesenangan dan kemakmuran dikecapi oleh kita... 1Malaysia Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini. Sila Click SINI

    So, tak kurang hebatnya kat opis aku ni perghhhh....bersemangat betul dorang pasang bendera. Penuh 1 opis la... dinding bendera, pintu bendera, tingkap bendera..... pendek kata kiri kana bendera je la....meriah sungguh....