Sunday 20 December 2015

Alhamdulillah ...rezeki Allah lagi

Dalam pada hati bersedih, Allah bagi lagi rezeki........Alhamdulillah. September aku xsedar yang aku dah missed period then badan dah letih semacam je. Balik keje asyik nak tido je. Lebih kurang seminggu berkeadaan macam tu. lemau, letih, penat, malas...... Ya Allah, kenapa ni?? sampai husband tegur..."awk kenapa letih semacam je".... " ntahla, xtau kenapa".... " ngandung kot??" kata husband gurau..... Terus tersentap ehh, period xdtg lagi bulan lps. Apa lagi mula la cari pregnancy test.... xlama nk tau result, kejap je....memang 2 line. Terbeliak la biji mata. Pregnant??? Alhamdulillah......

Gambar Hiasan

Esoknya tu rasa nak demam, singgah la klinik jap amik ubat. Bila doktor check tekanan darah masyaallah tinggi..... 160/110 memang sangat tinggi tambahan pulak awal pregnant memang doktor buat surat ke hospital terus la. Memang kene admit la kat wad. Drip air 3 botol, amik darah 3 kali....rasa nk pengsan! Time tu baru 11 minggu kandungan. Doktor kata aku dah ada Hipertensi. Mungkin efek daripada keje xbest kat opis skrg ni. Ya Allah, sampai bila la aku harus bertahan lagi?

Sejak haritu, bermula la rutin untuk BP Monitoring setiap hari setiap pagi. Memang bos agak tarik muka bila aku bgtu mcmtu. Nak buat mcm mana, bukan aku mintak ada tekanan darah tinggi ni. Dari minggu ke minggu memang kene ngadap muka nurse. Smpaikan kene perli la sebab setiap hari xde kat opis then kalu bp tinggi petang kene dtg repeat BP monitoring. Lantala apa orang nak kata yang penting nyawa aku dan baby dlm perut nih. Lepas tu dalam sebulan BP dah ok sikit 130/90....masih tak cantik lagi, kdg2 naik 140/90....doktor suruh dtg 2 kali seminggu untuk BP monitoring + Urine test. Letih sebab drive sendiri pastu parking dalam basement penuh terpaksa parking kat luar pastu menapak masuk dalam. Fuhhhh, memang penat tapi tu la peluang aku nk excercise. Oleh kerana tekanan darah tinggi maka secara rasminya aku dah amik ubat darah tinggi Methyildopa 250g, 3 kali sehari (pagi  petang dan malam) termasuk ubat pregnant Obimin. Bila pregnant dah masuk 4bulan lebih ni masih lagi mual2 muntah2....alahan masih lagi ada. Makan pun tak berapa nak berselera lagi. Ada masa ok ada masa memang xboleh masuk. Masa anak 1 & 2 dulu xdela mcm ni..alahan 2 bulan je lps tu masuk bulan ke 3, 4 dah ok dah.... dugaan masa mengandung, lain macam betul kali ni....




Alhamdulillah naik pangkat!

Dah agak lama xupdate blog. Alhamdulillah, tanggal 1 September 2015 yang lalu aku selamat dah posting jawatan baru ke jabatan baru. Memang secara tidak langsung memang dah terkeluar dari jabatan sekarang....ala-ala jawatan pinjaman la di opis baru ni. Memang tugas yang berbeza, suasana berbeza, pembawakan diri pun kene beza, pengalaman pun beza, orang-orang kat sini pun berbeza.....memang totally different. Mula2 memang bersemangat, maklumla keje baru....tapi seriusly memang xbleh layan cara keje kat sini. Bulan pertama memang rindu sangat kat kawa-kawan opis lama. Ya Allah tuhan saja yang tau macam mana perasaan....rasa nak lari dari sini. Bukan sebab keje tapi sebab bos kat sini yang agak macam "bossy" compare dengan opis lama. Memang benar2 menguji mental. Hari pertama lapor diri Ketua Pengarah siap sound kata nakkan pegawai lelaki untuk jawatan aku ni tambahan lak aku kan agak comel sikit so sikit sebanyak kene perli la sebab kat sini kebanyakannya adalah orang-orang latihan. Fit2 la kot semuanya kalu nk dibandingkan dengan aku. Tapi bila jumpa dngan staf2 kat sini hampehhhh...ada jugak la lebih 'sihat' dari aku......well, manusia memang suka complain!! xpe aku anggap sebagai satu cabaran. Pengarah perempuan, PTD yang agak cool tapi tak banyak cakap. So jarang berurusan dengan beliau. Bos atas aku , mula2 hokey lepas tu mula nampak mcm "bossy" dan agak tidak profesional. Aku paling xsuka bila ada orang suka buat muka & "moody" tanpa sebab pastu bawak2 kat semua orang. Memang pantang la aku......sikit sebanyak ini mendatangkan stress kat aku dan secara tak langsung memang fokus aku untuk keje jadi down. Sampai 1 tahap aku dah rasa xbest dok sini. Setiap Isnin bangun pagi aku harap yang aku bermimpi dapat posting kat sini. Betapa sukar aku nak harungi hari2 aku kat sini dengan surrounding yang memang aku xsuker!!!!. Bulan Oktober (genap sebulan aku kat sini) aku dah isi borang tukar sebab memang dah xbleh blah kat sini.....Pengarah & TKP dah sign tapi biasala bila tiba kat Sumber Manusia Jabatan aku macam ada penghalang yang menyekat aku.....Harapan untuk dapat tukar agak sukar sbab sebelum ni memang aku nk bertukar suka sama suka dengan sorang mamat ni tapi bos dia lak xbagi dengan alasan dia baru je di postkan kat bahagian tu. Frustrated!! 

Oleh kerana dah xtahan sangat aku naik jumpa sendiri dengan KP dengan harapan dpt memudahkan urusan aku. Tapi harapan tinggal harapan sebab KP sendiri bgtau dia xleh buat apa. Fine !! aku sedar sebab aku bukan orang2 harapan beliau apatah lagi org2 yg femes kat jabatan aku memang xkan layanla. Kasta jugak la.....diskriminasi ye! ye memang ! aku akui sebab kebanyakan org2 dorg yang berpengaruh senang untuk minta tukar dan of kos akan dapat tempat posting seperti yang mereka nak dan yang penting dikekalkan dalam jabatan. Padan muka aku sebab tak pandai kipas ngipas, gediks2........xpe Allah uji aku lagi. 

#moodkelaut



Tuesday 4 August 2015

Hari Raya

Tahun ni giliran raya ke Kedah. Memang best la sebab balik kampung sendiri kan. Kali macam biasa masing2 sibuk dengan hal masing memang xsempat nak amik gambo rayer ramai2....Tema tahun ni kaler Merah Hitam. Last minit la decide tu tup2 gambo kenang-kenangan xde plak. Yang ada gambo budak2 dua orang tu je yg banyak...gambo mak ayah xde.






Hahahah....memang kaki gambo la dua beradik ni. Balik kampung sempat jugak singgah pekena mee udang kat Kg. Kuala Dulang...memang terbaik la sedap pun sedap. Udang memang besaq2 la...puashati! Tapi yang pasti memang gambaq depa je la penuh fon ibu ni. Tu je la citer rayer xbanyak nak cite sebab dah lama xupdate blog. heheheehe









Monday 25 May 2015

Penangan DUBSMASH anak2 bertuah ni....


Hahahahah kalau orang lain sibuk upload dubsmash dorang kat youtube ni ha amik .... budak2 bertuah ni buat dubsmash. Yang adik terlebih excited lak. hahahahaha....mula2 ibunya buat pastu anak2 pun nk try gak. Layankan jela hobi kitorg ni. Umur si ibu dah tua tak hengat...ada hati nak ber'dubsmash'....







Lepak kat Taman Seri Empangan, Putrajaya "BELON"

Cuti hari minggu aritu tak tau nak ke mana. Dah selalu sangat dah masuk shopping Complexs kan, so ingat nak makan angin sekitar Putrajaya je la. Ajak hubby gi lepak kat Taman Seri Empangan. Permandangan cantikkk.... Kebetulan masa pegi tu ada orang jual belon air... kakak punya la suka main xhengat nak balik. Adik dari dalam kete smpai kitorg nak balik asyik tido je.....










"Putrajaya sememangnya terkenal sebagai bandar dalam taman. Landskap Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu sememangnya dirancang supaya memudahkan masyarakat dan pelancong asing yang mengunjunginya. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya Taman Seri Empangan yang terletak di Presint 5 berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC). Dengan kemudahan yang disediakan, anda boleh membawa seisi keluarga untuk bersama-sama merehatkan minda dan menikmati keindahannya setelah penat bekerja. Bagi kaki joging, anda boleh melakukan aktiviti kegemaran dengan tenang sambil menghirup udara segar kerana trek disediakan di sekelilingnya. Turut disediakan pondok rehat sebanyak lima unit yang menghadap ke tasik dan empangan, pasti memberikan pemandangan cukup indah apatah lagi jika di waktu senja.

Untuk mereka yang ingin berkelah, bawa sahajalah makanan anda untuk dimakan bersama keluarga secara santai di bawah pondok tersebut sambil bercerita dan gelak ketawa. Jangan risau jika anda tidak membawa makanan kerana di sini juga terdapat restoran yang menyajikan pelbagai makanan.

Lokasi kegemaran
Pepohon yang rendang memberikan udara yang segar kepada pengunjung, sekali gus memayungi apabila cuaca panas.Terdapat dua padang permainan kanak-kanak yang disediakan bagi menampung jumlah kanak-kanak untuk bersuka ria, terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Taman Seri Empangan dibuka kepada awam pada Jun 2007 ini sememangnya sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan teman. Malah, keindahan panorama di sini menjadi daya tarikan kepada pengarah untuk dijadikan lokasi penggambaran dalam drama dan filem mereka. Taman ini juga menjadi lokasi kegemaran bagi pencinta dunia fotografi kerana banyak sudut menarik boleh diperoleh di sini seperti empangan, bangunan kerajaan dan jambatan.

Antara kemudahan lain disediakan adalah tandas dan surau untuk mereka yang mahu menunaikan solat di situ. Jika berkunjung ke sini pada hujung minggu, anda boleh melihat banyak aktiviti lain yang dilakukan oleh pengunjung seperti bermain kapal terbang dan kereta kawalan jauh. Untuk ke sini juga anda tidak perlu bersusah payah mengharungi kesesakan lalu-lintas kerana laluannya cukup mudah. Hanya memandu terus dari Masjid Putra, Putrajaya sehingga PICC.

Ikan Bakar Seri Empangan
Ada kedai ikan bakar kat sini tapi kami xpernah lagi try kat sini. Bagi sapa2 yg nak boleh la try. Restoran Ikan Bakar Seri Empangan adalah cetusan idea YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang mahu warga Putrajaya serta orang luar menikmati makanan laut ala Umbai, Melaka atau Muara, Klang dengan harga berpatutan.

Terletak di Presint 5 Putrajaya dan berdekatan dengan Putrajaya International Convention Center (PICC) pelbagai kemudahan disediakan malah Seri Empangan menawarkan resipi yang enak serta pemandangan menakjubkan terutama pada waktu malam. Menu Utama Ikan Bakar, Masakan Melayu Tradisional, Makanan Laut, Minuman Petang, Masakan Panas, Kek, Kuih-Muih, Bubur. Waktu Perniagaan 10 pagi – 10 malam (Tutup pada hari Isnin). Menerima Tempahan Majlis Korporat, Perkahwinan, Hari lahir. Kemudahan Karaoke, wifi juga turut disediakan. Tel : 013-3490191, 012-4268081, 017-3368081, 012-2888340, 012-3378081

Wednesday 13 May 2015

Holiday - Kuantan, Kuala Terengganu, Cherating (part 2)

Lepas Checkout jam 12.00 tghari tu, singgah kejap kat kedai Cowboy ni... memang puashati kedai ni macam2 ada dari makanan, alatan pertukangan, perkakas rumah, meja2, jajan, baju2, pinggan mangkuk, periuk belangan, barangan untuk hantaran, untuk kenduri..macam2 la..... tapi lupa nk snap gambo kan....sempat rembat beg untuk Aina bawak gi skol....kalau beg roda (ladybird) yang hard shell tu dalam RM85. Ok la harga dia tu xdela mahal sangat. Beli jajan sikit untuk budak2 ni buat kunyah2 dalam kete. Hubby tetiba bagi idea gilaaaa..."jom singgah Cherating" Ekkkkk.... Unplanning nih...tapi kite xbooking lagi bilik. Masih ada kosong lagi ke sebab ni cuti panjang nih. Ala, cuba google pastu kol tengok mana tau ada rezeki....heheheheh. Dengan pantas meng'google' tapi kebanyakannya hotel dah penuhhhhhhh...Arghhhh. Try pulak chalet....ada satu chalet nih nama di River Side Chalet, Cherating. Memang tepi pantai. Bismillah, kol chalet ni...dia kata buat masa skrg ni penuh tapi puan boleh kol balik nanti lepas pukul 2.00 petang. Hampa!.....sekarang jam 12.45 tghari. Nak buat apa ni sementara nk tggu kul 2.00 ptg. Hubby ajak gi Kuantan Parade. Saje nak lepak2 sana sambil cari makan untuk lunch. Bawak budak2 main kat sini....memang depa suka la baq hang....











Tepat jam 2.05 petang terus kol chalet tu. Sekali lagi dia kata still xde kosong. xpe hubby cakap jap gi kol lagi....2.30 ptg kol balik, sama je....hmmm, xde rezeki kot nak main pantai dah. Hubby ajak balik putrajaya je sebab dia pun dah tawar hati. Aku pujuk hubby nak kol lagi sekali kot2 ada kosong tapi hubby kata xpayah sebab time ni mmg takkan ada kosong la...Hati ni degil tetap kol jugak.... Alhamdulillah, ada satu lagi bilik kosong tapi xde TV. Hubby terus ajak gi sana, katanya xde TV pun xpe sebab bkn nk tgk TV sangat kan. Janji dekat dengan pantai. Dari Kuantan ke sana dalam 1 jam jugak la. Registration RM130.00 semalam (agak mahal la jugak) + deposit RM20.00. Dia kata nan ti dia bagi tuala sebab dorg hantar laundry & tuala baru dh abis. Ekkkkk, pulak! Tapi bilik memang dekat dgn pantai...boleh jalan kaki je ke pantai. Masuk je bilik try bukak aircornd, Rosak!!!!!...hadoi, panggil maintanance dia repair lama jugak. Hubby ajak gi pantai dulu sementara nk repair tu. Lps tukar baju budak2 terus laju la kami ke pantai...wahhhhhh, heaven dapat tgk pantai.






Balik dari pantai, masuk je bilik baru la tersenyum sebab aircond dah sejuk...heheheh. Pas mandi hubby ajak g makan tapi sebelum tu singgah jap kat registration tadi nak mintak tuala. Boleh pulak dorang kata tuala xde ! Memang sampai ke sudah la xde tuala. Nasib baik bawak spare tuala + kain batik (beli masa gi pasar payang semalam) hahahahahah. Lagi 1, kat sini banyak nyamukkkkkkkk!!! habis bintik2 muka 2 beradik ni mcm kene campak dah. Memang kalu suruh bagi bintang, takat 2 bintang jela kot. Nak rekemen mber2 datang sini pun rasa susah gakla....better korang carik tempat lain. Apa2 pun percutian kali ni mmg best...tahun depa hope hubby akn bawak gi bercuti lagi la ye...hehehehe : )

Holiday - Kuantan, Kuala Terengganu, Cherating (part 1)

Cuti 1 Mei (hari pekerja ) lepas sempat la meronda pusing2 bandar Kuantan. Memang plan nak ke sana sebab ada kerja sikit dan bila dah alang2 cuti tersepit sabtu ahad smpai isnin sempat la meronda2 kan.... 1st destination...Kuantan, Pahang. lepas penat bekerja mesti teringin nak rehatkan badan dan otak kan. So kami pilih Hotel Arenaa Batik Boutique Hotel, Kuantan ...... Bilik dia memang rare la sebab ala-ala inggeris gitu. Memang taste i la...muahahaha. Starting from RM 83++ tapi kami amik RM98 inc bfast kira ok la kan. Kami amik standard room je sebab hubby kata dia boleh tido bawah atas toto (mmg bawak sendiri okey) hehehhe tapi bila masuk je tengok memang muat kami berempat atas katil queen size tu.... Lagipun dari situ nak ke Teluk Chempedak tak jauh dah. Sampai sana kira-kira jam 3.00 petang. Lewat sikit dari time Check in. Tp sampai je terus masuk bilik. Budak2 ni apa lagi mula la minta susu sambil landing elok atas katil.

kat depan meja pendaftaran


Bilik dia sangat owesome....cantik, unexpected! memang berbaloi menginap kat sini. Perabot memang nampak mahal + cantik....sukenyerrrr. Dah stay kat banyak hotel tapi yang ni mmg the best la. Layanan pun ok. 

Ni la bilik kami...besar bed dia ni walaupun queen size

muat kami berempat

tingkap

depan

pintu masuk

toilet
Menginap untuk 3 hari 2 malam memang sangat puashati. Rasa lain kali kalau singgah kat Kuantan boleh datang sini lagi tapi amik honeymoon room lak....hehehhe. Eh, lupa nak bgtau. Dalam bilik ni dah ada iron tau....ada hair dryer, ada cattle, ada mini fridge, ada peti besi kecik, ada laundry bag dan seperti biasa ada toiletries....iron siap dengan iron board skali + hanger. Kedai makan bersepah kat sini. Kitorang tapau je petang tu sebab dari pagi makan jajan je dalam kete, sampai je terus hubby gi beli nasi. Makan nasi goreng paprik untuk diri sendiri, nasi goreng USA utk hubby n nasi goreng biasa utk bdk2 ni. Memang sedap !. Lepas makan rehat kejap pastu hubby ajak gi Teluk Chempedak. Penat memang penat tapi ye la kan nama pun jalan2 takkan nak tido je dalam bilik. So, siapkan budak2 dgn swimming suit terus gi pantai. 







Kejap je sebab dah petang sangat kan. Plan esok nak datang lagi boleh la budak2 ni main puas2. Malam tu makan ikan bakar petai kat kedai Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Banyak kedai makan kat siitu tapi yang paling banyak promote kata kat Ana Petai ni sedap.....Hmmmm, memang sedap sebab tu la terlupa nak amik gambar. 





Esoknya tu memang xplan langsung...hubby cakap jom gi Kuala Terengganu nak cari kopok lekor. Mula2 tu macam xde hati nak pegi kan tapi ye la dah hubby teringin sangat nak cari kopok lekor, kira on la.....Kalau ikut highway time2 org semua bercuti ni memang panjang la beratur jemnya Ya Allah. Kami ikut jalan kampung, jalan pantaia.....Dalam 3 jam jugakla baru sampai....