Showing posts with label keje. Show all posts
Showing posts with label keje. Show all posts

Monday, 27 April 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

16 April 2015 genap la 8 tahun berkhidmat kat sini. Dari mula2 posting sampai sekarang la tak pernah tukar2. Pernah jugak mintak tukar dulu tapi nasib masih kat sini. Pengarah bertukar pengarah, kawan bertukar kawan, bos bertukar bos...aku masih di sini. xpe, semua tu pengalaman. Dan dalam jangka masa itu jugak baru-baru ni baru la dapat APC. hhuhuuuhuhu....Alhamdulillah. Kawan2 seangkatan aku dulu dah lama dah dapat, Ada yang dah naik pangkat pun. xpela rezeki dorang dan ini adalah rezeki aku.....


Muka tu hepi xhepi sangat la kan sebab dah lama dah kerja so macam tu la kan....hmmmmm, Neway terima kasih bos sebab calonkan saya kali ni ye. Insyaallah akan cuba jalankan tugas dengan lebih baik lepas. Tak payah cakap banyak la kan sebab nnti org kata tak bersyukur lak kan... Alhamdulillah syukur sangat ! Alhamdulillah.....

Tuesday, 23 December 2014

Farewell di Skyview@11

Semalam opis ada buat jamuan sempena farewell 2 staf ...sorang pegawai kontrak dan sorang lagi pelajar praktikal....memang boleh dikatakan ni 1st time ibu sebagai salah seorang yang turut menjayakan 'plan' ni. Sebelum ni kalau majlis farewel buat kat bilik mesyuarat opis je. Yela kan lebih afdal dan lebih rasmi. Tapi kali ni majoriti staf nak bertukar angin...bajet pun ada so skyview@11 la pilihan hati sebabnya dekat dengan opis. So far menu yang disediakan memang ok la kene dengan selera tekak. Kitorg amik set/person RM25.00 (minuman + dessert). Dessert dia ada kek, bubur, sup kentang, agar2 buah2an......(sori xsempat lak amik gmbar menu)

Cafe Skyview, Tingkat 11, Jabatan Peguam Negara, Presint 4, Putrajaya (Skyview@11)
















Wednesday, 3 July 2013

Dah lama aku kat sini

Alhamdulillah, dah lama xupdate blog. Mood xdak. tapi pagi ni terasa nk tulis-tulis sesuatu kat blog. Dah lama rasa dok kat sini orang dah bertukar orang tapi aku masih sama. Mintak transfer masih tak dapat. Kawan2 yg 1batch ada yg dh bertukar tempat, dah dapat berkali2 anugerah khidmat cemerlang, cemerlang bulanan la, cemerlang kementerian la tapi bukan rezeki aku lagi nak dapat semua tu. Aku tak kisahla walaupun ada staf yg baru masuk xsampai 5 bulan keje dah dapat anugerah cemerlang compare dgn aku yg 7 tahun keje ni. Dah nama pun bukan rezeki. Agaknya aku xbuat keje kot..tak bagi apa2 sumbangan. Dan 1 lagi mungkin sebab aku ni kuat melawan @ xpandai 'kipas' (kata org la)...sori la bab2 kipas ni aku xpandai. Buat keje, settle keje dah.....

Hmmm, bukan aku tak suka tempat ni tapi yela nak rasa juga persekitaran baru yg lain. Dok kat sini pun rasa aku ada ke takde ke sama je macam tak de je..hehehehe : (  Biasala dah masuk 3 series ni sentimental la pulak. Cepat terasa hati tak menentu. Okla kang cakap lebih orang kata macam2 lak tapi macam ni la hidup... apa2 pun teruskan hidup dan kerja Nawaitu kerana Allah. 

Tuesday, 26 June 2012

Program TRIMa - Jabatan


Program Teksi Rakyat 1Malaysia(TR1Ma) pada Ahad lepas adalah satu lagi usaha kerajaan dalam memartabatkan peranan pemandu teksi dan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara. Lebih daripada itu, TR1Ma, yang telah berlangsung di perkarangan letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil, turut mengetemukan para pemandu teksi dengan pemimpin nombor satu negara - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. TR1Ma dengan jelas menunjukkan penghargaan bagi warga pemandu teksi yang dianggap sebagai 'duta kecil', khasnya memandangkan mereka sentiasa berhubung dengan orang ramai termasuk pelancong dari luar negara. Dengan ini mereka dilihat secara tidak langsung mempunyai peranan penting dalam meningkatkan imej negara, memberi penjelasan terhadap dasar kerajaan dan berhubung dengan tarikan destinasi pelancongan negara.

* Ha, tu dia program yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama SPAD & PETEKMA.....Aku??? jadi urusetia bodoh-bodoh je, ala tolong mana-mana yang patut.  Macam-macam ada kat program ni... Ada cabutan bertuah, penyampaian bantuan subsidi tayar, ada persembahan artis-artis tapi yang paling best cabutan bertuah la sebab hadiahnya menarik. Ada samsung galaxy note, net book, motosikal, hamper, tiket penerbangan, voucher tayar kete dan yang paling best hadiah utama KERETA PERSONA...wow! bukan untuk aku tapi untuk pemandu-pemandu teksi yang hadir...bestnyerrrr....







KETERANGAN MENGENAI PROGRAM TRIMa :

IDEA

Difahamkan bahawa idea ini adalah dari Y.A.B. PM sendiri yang memahami masalah pemandu dalam menanggung kos penyenggaraan yang tinggi.

OBJEKTIF BANTUAN
  1. Tambah baik kualiti perkhidmatan teksi (dengan tayar kenderaan yang baru).
  2. Mengurangkan beban pemandu teksi dalam menanggung kos penyenggaraan.
  3. Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan teksi (semua teksi pakai tayar ori dah lepas nie.. :-). 
KELAYAKAN
  1. Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Kereta Sewa dan Teksi Lapangan Terbang (kecuali syarikat yang mendapati konsesi daripada kerajaan - Contoh..., Airport Limo). Teksi LCCT layak dapat bantuan TR1Ma ini.
  2. Pemandu teksi yang tergolong dari jenis-jenis teksi di atas dari seluruh Malaysia, layak menerima bantuan ini.
  3. Memiliki kad pemandu yang sah,
  4. Pemandu Pertama sahaja yang layak memohon (pemegang kad pemandu kedua tidak layak).
PROSES UNTUK MENDAPAT VOUCHER
  1. Isikan "Borang Permohonan TR1Ma" yang diberikan secara PERCUMA secara online, pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Borang tersebut juga boleh disalin semula (fotostat).
  2. Serah "Borang Permohonan TR1Ma" yang telah lengkap diisi dengan melampirkan salinan kad pemandu dan salinan kad pengenalan kepada SPAD sebelum 17hb. Jun 2012. Pemandu yang hantar borang sebelum 17 Jun, akan menerima voucher semasa perhimpunan di Bukit Jalil nanti. 
  3. Jika terlewat, selepas 24 Jun 2012, anda masih boleh menghantar borang TR1Ma terus ke pejabat wilayah SPAD dan boleh dapatkan terus voucher.
TERMA DAN SYARAT VOUCHER
  1. Setiap pemandu yang layak akan menerima 2 keping voucher yang setiap satu bernilai RM260.00 untuk mendapatkan 2 biji tayar. Kedua-dua voucher ini bernilai RM520.00.
  2. Tempoh sah laku voucher ialah selama 6 bulan. Anda boleh menukarnya dalam tempoh tersebut.
  3. 175 kedai tayar Goodyear 220 rangkaian kedai tayar Continental di seluruh Semenanjung telah dilantik sebagai panel. Penukaran voucher hanya boleh dibuat di kedai tayar ini sahaja. (rujuk pada link di bawah)
  4. Penukaran tayar boleh dibuat selepas 14 hari anda menerima voucher.
  5. Tidak boleh ditukar dengan tunai.
  6. Sekiranya tayar yang dibeli melebihi dari nilai voucher, sila-silalah tambah sendiri... :-)






























Monday, 18 June 2012

Jalan-jalan ke Media Prima (TV3)

Tak lama dulu opis ada buat lawatan sambil belajar ke Media Prima khususnya bahagian Media Korporat dan Perhubungan Awam la. Alhamdulillah, kami di sambut mesra dengan PRO Media Prima yang memberikan penjelasan panjang lebar mengenai sejarah TV dan PRO khususnya... kami juga turut di bawa ke bahagian berita semasa, bilik berita, studio raman berita dan jugak radio FM di bawah naungan Media Prima seperti Hot FM, One FM, Fly FM manakala TV pulak ada TV3, TV8, NTV7 dan TV9.... Antara drama yang telah dihasilkan dibawah Media Prima adalah hasil terbitan daripada Grand Brilliance & Primework Studios,... media lain adalah seperti Gua.com.


Banyak rancangan best yang disiarkan di TV3... drama Melayunya tak yah cakap la setiap sabtu (malam) memang terpacak depan TV kecuali kalau drama tu tak berapa nk sentap jiwa.... Kami pegi sana ramai tak terkira plak berapa orang...hehehe...xsempat nak kira. 

Pengalaman best tu dapatla jumpa beberapa orang pembaca TV terkenal tapi ramai yang bz so tak sempat nak amik gmbar....juga dengan penyampai radio tapi tak leh kacau sebab dorang tengah 'on-air'. Masa nak balik tu sempat jumpa Dynaz n Adam... Hmmm, agak peramah dorang ni tapi mcm malu-malu lak bila jumpa kita terutamanya Adam AF la... senyum-senyum kucing je.....