Wednesday 4 July 2012

Kenanga Wholeseller Center (KWC)

Semalam bersama dengan opismate aku 2,3 orang pegi ke KL nak cari "skirting" meja kat bilik mesyuarat tu... Pilihan kaler...of course la Maroon..... tapi cari punya cari tak jumpa yang berkenan di hati. Ada pun yang biasa-biasa je dan cepat rosak lak....kain tak berapa nak berkualiti.....yang berkenaan kat hati kebetulan tak ada stock pulak...so, untuk menunggu  en mansor (tumpang kete sorang pegawai kat opis ni) kitorang sempat la round kejap kat kompleks baru "Kenanga Wholeseller Center /City" kat situ. Ni memang 1st time la pegi situ. Sebelum ni dengar-dengar citer je..... Hmmm, acctually gedung ni untuk pemborong je dan yang ada kat sini banyak pakaian je compare to GM KL....

Serba sedikit pasal KWC :

KWC adalah penawaran menarik dalam industri fesyen Asia borong. Pembangunan luar biasa di Kuala Lumpur, Malaysia diilhamkan oleh kejayaan pusat-pusat borong di China, Indonesia, Thailand dan Korea. KWC adalah yang pertama di Malaysia fesyen pusat membeli-belah borong yang membawa bersama direktori yang besar dan menyeluruh perniagaan - fesyen, aksesori, kasut, hadiah, dan produk gaya hidup yang lain, semua di bawah satu bumbung.

Dengan lebih daripada 800 lot dan 500,000 kaki persegi ruang runcit boleh sewa bersih, KWC menawarkan beraneka jenis barangan. Walaupun khusus kepada perniagaan borong sahaja, KWC berfungsi sebagai pusat membeli-belah dengan kemudahan penuh untuk memenuhi keperluan kemudahan perniagaan dengan kedai-kedai F & B, ruang acara, perbankan dan pelbagai perkhidmatan perniagaan lain. KWC adalah menyokong oleh Pelancongan Malaysia. 


KWC bersedia untuk menjadi tarikan serantau dan antarabangsa. Sebagai salah satu hab fesyen utama di Asia, kami mempunyai kemudahan yang diperlukan di bawah satu bumbung untuk membawa semua fesyen maklumat terkini dan produk ke / dari rantau ini.
Sebuah dewan terbuka promosi di tingkat 15 yang direka khas untuk pameran dan acara fesyen. 














Ni baju yang sempat aku sambar..... baru RM15.00

Ini harga asal RM 50 tapi dpt RM 20.00

Ini RM 48.00 tapi after diskaun dpt RM33.00

Kepada yang berminat nak ke sana sila la...tapi kene bawak ongkosnya banyak2 sebab nanti mata akan jadi duit je bila tengok baju murah. Ad yang sale 50%, 70%...huiii, murahla cuma baju kurung jela yg harga mahal sikit tapi after diskaun dapat murah la Cth kalau harga asal RM140, leh dapat RM80.00 haaa...murah la sikit cuma mahal sikit compared to blaus... heheheheehe...










3 comments:

  1. murahnye blaus tu....seronok kalu borong nih!

    ReplyDelete
  2. KWC ni memang untuk pemborong.....leh la kalau nak buat bisnes... banyak pilihan, xrugi beli banyak...ada yang beli 3 ke atas lagi dapat harga murah...

    ReplyDelete
  3. memang seronok betul shoping kat sini.....ermm nak kena cari masa sesuai nak ke sana, shoping puas2, tapi kenalah sediakan budjetnya...hehehhe

    ReplyDelete