Sunday 1 July 2012

Irma Hasmie Nikah


Tepat jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.
Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat. Pertemuan ketika menjalani ibadah umrah tahun lalu diakhiri dengan ikatan perkahwinan apabila pelakon dan pengacara tempatan, Irma Hasmi Ibrahim sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan dengan sekali lafaz.  Majlis pernikahan ringkas tetapi meriah ini diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya kira-kira jam 3.50 petang, Jumaat. 
Dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua belah pihak dan wakil media, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh ayah Irma iaitu Ibrahim Omar di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.

* Semoga Irma & suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Hmm, sejuk tengok Irma berhijab..cantik sangat.....padan la dengan suaminya yang kacak bergaya...nnti dapat baby mesti cute...  : )














2 comments: