Tuesday 26 June 2012

Trend Tudung Turban Yuna

Ni style mula-mula Yuna jadi artis
Dah lama dah dok perati style pemakaian tudung Yunalis Zarai (Yuna) ni... ishh, pelik-pelik pulak jenis tudung dia tu dan yang best tu pulak ramai pengikut dia....Hmmm, ikon fesyen jugak la Yuna ni... Tapi yang tak bestnya tu ada yang mempertikaikan cara dan style tudung Yuna.. Apa-apa pun kita kene berbalik kepada Hadis dan Al-Quran serta hukum Allah yang mana semua sedia maklum... Aku bukan seseorang yang mudah nak tuduh orang tanpa ada fakta yang sahih, dan bukan nk 'judge' org tak bertempat... jom kita tgk info ni :

Berikut ini adalah ciri-ciri atau syarat-syarat pakaian muslimah:






"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."( An Nur : 31 )

Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakin rancak .



Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.

  • وليضربن dan ولايضربن بارجلهن  -Kain Tudung Berjuntai Ke Bawah - Kain tudung yang dipakai mesti la terjuntai@melabuh jatuh ke bawah..Bukan ke atas..Bermakna apabila kita pakai tudung tu, tudung tu memberat ke bawah dan menutupi bahagian depan dan belakang badan..So apabila kita tunduk, orang tak kan nampak lurah atau isi dalam baju kita..Kalau angin tiup pun,boleh nak cover lagi la..
  • بخمرهن (Terselindung) - Kalau kita nak selindung atau sembunyikan sesuatu, benda yang menutupi mesti la yang tak jarang kan? Lain kata transparent..Kalau jarang, nun dari jauh udah nampak bayang-bayang benda yang  kita disembunyikan..Bermakna kain tudung yang kita pakai mestilah tak jarang..Bukan tudung ja, baju pun sama..Dan yang ramai orang tak sedar adalah kain telekung kita..Selalunya kita tengok kain telekung yang jarang kan? Konon beli yang nipis macam plastik atau yang licin nylon tu boleh lipat kecik-kecik..mudah nak bawak kalau nak pergi travel jauh-jauh, jimat ruang.. Tapi mana sah solat kalau kita pakai telekung yang boleh nampak badan atau telinga kita..(Gilo po solat tak pakai baju sampai boleh nampak badan..)..Rambut pun sama, kang tengah solat, rambut elok je tembus kain telekung tu..dah solat kita tak sah tanpa kita sedar..iye dak?
  • Longgar - Kain tudung tu mestilah longgar..Ni zaman sekarang sumenya gigih nak lilit kepala sampai nampak saiz kepala gajah..Trend sekarang pakai tudung nak nampak sanggul..Yang xde sanggul pun gigih la pegi beli tudung yang ada sanggul tipu tuh..Siyez la CK cakap, TAK CANTIK pun korang pakai macam tu..
  • Tersembunyi - Bila pakai tudung, telinga tak boleh nampak..Bentuk pun tak boleh nampak..bukan setakat anggota yang telinga tu je, semua yang patut ditutup la.
  • Menutupi @ menyelaputi - Otak yang hilang kewarasan kerana diselaputi selepas mabuk minum arak..(mesti ramai yang tak faham part ni..CK tak tau nak hurai macam mana..kalau nak faham,kena tengok dalam video nih..)
  •  على (Atas) - Atas..Bermakna diluar..Bukannya pakai di dalam..Contoh yang paling mudah, pengantin zaman sekarang suka sangat pakai tudung masuk dalam baju..So dada mudah dilihat..Kenapa sebelum kawen,molek je tutup dada tapi bila time kawen, nak masukkan dalam baju..Kononnya nak nampak fit,kemas tapi dosa sudah sampai time tu..Beware..
  • جيوبهن (Dada) - Atas dada..Makna atas dada bukanlah atas dada bawah leher..Tapi ATAS BAHAGIAN DADA..tudung dilabuhkan ke bawah melebihi dada dan atas pusat..Nak mudah, masa kita solat selepas kita takbir, kan kita letak tangan atas daripada pusat..Jadi itulah takat yang sesuai untuk wanita memakai tudung..melebihi dada atas pusat..






Hubby aku pernah tanya apesal Yuna pakai tudung macam busut semut je.....?? Hmmm?? Busut semut? bior betui laki aku ni punya statement? Aku pun jawabla...."mana ada, tu tudung la tapi style baru"... " ye ke? mcam tu boleh ke panggil tudung?"....Aku terdiam je la...nak jawab apa lagi kannnnn.......

Nak tahu jawapannya???? 


Atau pemakaian tudung yang macam ni? Aku suka tengok Oki ni dah la cantik, tudung dia cantik-cantik pulak tu.....







5 comments:

  1. saya setuju dgn semua ini... :)

    ReplyDelete
  2. Laki kau dengki pasal kau tak pakai macam tu

    ReplyDelete
  3. tudung oki tu plain je kak,tang mana aka ckp cantik? klo orgnye,cantik la...satu je nk ckp,akak baru je pesan suh pkai tudung labuh skek x nmpkkan dada, tp letak gambar oki yg first pkai baju putih tue,idak ke nampak dadanye..nmpk besar gitue boobnye..

    ReplyDelete
  4. at least xdela nmpk telinga n anak rambut. Bab tudung ni bukan saya yg jatuhkan hukum ye dik. yg terasa kenapa? kalau xsuker xpayah tengok ini sekadar berkongsi info je. Kalau adik ni jenis yg free hair or pakai turban dah kalau rasa ok pakai la nk terasa lebih2 nape... gambar oki yg satu tu nmpk gmbr dia yg lain? compare dgn gmbr yuna dr awal smpai abis.... ada ke perubahannya?

    ReplyDelete
  5. Rilek lah cik kak hak masing2..jgn galak sgt mengata org...sibuk syariat org..akak ada anak perempuan..apa pun sy peminat yuna..sekurang2 dia tak fake mcm artis yg sibuk berhijab zaman 2023 ni..

    ReplyDelete