Thursday 28 June 2012

Cerita Kelakar la pulak..

Entry kali ni nak cite rpasal citer kelakar la pulak. Nak release tension sikit.....Jom baca sama-sama.......







Karoot Komedia


Sejajar dengan konsep Astro Warna (saluran 132) yang ingin sentiasa memberikan program lawak berkualiti kepada penonton mereka, sebuah rancangan komedi terbaharu, Karoot Komedia telah disajikan kepada penonton yang inginkan komedi secara berterusan.


Karoot Komedia merupakan sebuah program komedi muzikal yang berdurasi selama 30 minit. Melalui gabungan muzik dikir barat serta lakonan sketsa pelakon komedi terkenal, Astro Warna menjanjikan program ini bakal menyerlahkan sisi lain serta konsep baharu rancangan komedi yang sedia ada di Astro Warna kini.
Karoot merupakan perkataan yang lahir daripada tukang karut yang bertindak sebagai pencerita semasa dikir barat. Istilah komedia pula lahir daripada perkataan Greek iaitu comedia iaitu gelaran kepada teater komedi di Greek.
“Antara keunikan yang bakal diselitkan menerusi Karoot Komedia adalah penampilan kumpulan dikir barat yang mengikut tema sketsa pada rakaman minggu tersebut.
“Selain itu, ditampilkan pelawak-pelawak yang diminati ramai seperti Ebby Yus, Johan, Jep Sepahtu, Jihan Raja Lawak serta Yus Raja Lawak yang menjadi pelakon residen program ini setiap minggu.
“Konsep seperti ini dipilih kerana kami mahu berikan sesuatu yang berbeza kepada penonton. Idea ini juga tercetus setelah saya, Sabri Yunus dan Husin Saaban mencapai kata sepakat mahu menghasilkan sesuatu yang akan membuatkan penonton tidak berganjak dari depan kaca TV dari mula hingga ke akhir program,” jelas Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai tentang konsep yang dipilih.
Selepas tu muncul pulak Karoot Komedia X......best memang best kelakar sebab ada Johan. Aku memang minat kelakar Johan ni.....heheheheh....mak jemah la katakan....

Tuesday 26 June 2012

Trend Tudung Turban Yuna

Ni style mula-mula Yuna jadi artis
Dah lama dah dok perati style pemakaian tudung Yunalis Zarai (Yuna) ni... ishh, pelik-pelik pulak jenis tudung dia tu dan yang best tu pulak ramai pengikut dia....Hmmm, ikon fesyen jugak la Yuna ni... Tapi yang tak bestnya tu ada yang mempertikaikan cara dan style tudung Yuna.. Apa-apa pun kita kene berbalik kepada Hadis dan Al-Quran serta hukum Allah yang mana semua sedia maklum... Aku bukan seseorang yang mudah nak tuduh orang tanpa ada fakta yang sahih, dan bukan nk 'judge' org tak bertempat... jom kita tgk info ni :

Berikut ini adalah ciri-ciri atau syarat-syarat pakaian muslimah:






"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."( An Nur : 31 )

Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakin rancak .



Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.

  • وليضربن dan ولايضربن بارجلهن  -Kain Tudung Berjuntai Ke Bawah - Kain tudung yang dipakai mesti la terjuntai@melabuh jatuh ke bawah..Bukan ke atas..Bermakna apabila kita pakai tudung tu, tudung tu memberat ke bawah dan menutupi bahagian depan dan belakang badan..So apabila kita tunduk, orang tak kan nampak lurah atau isi dalam baju kita..Kalau angin tiup pun,boleh nak cover lagi la..
  • بخمرهن (Terselindung) - Kalau kita nak selindung atau sembunyikan sesuatu, benda yang menutupi mesti la yang tak jarang kan? Lain kata transparent..Kalau jarang, nun dari jauh udah nampak bayang-bayang benda yang  kita disembunyikan..Bermakna kain tudung yang kita pakai mestilah tak jarang..Bukan tudung ja, baju pun sama..Dan yang ramai orang tak sedar adalah kain telekung kita..Selalunya kita tengok kain telekung yang jarang kan? Konon beli yang nipis macam plastik atau yang licin nylon tu boleh lipat kecik-kecik..mudah nak bawak kalau nak pergi travel jauh-jauh, jimat ruang.. Tapi mana sah solat kalau kita pakai telekung yang boleh nampak badan atau telinga kita..(Gilo po solat tak pakai baju sampai boleh nampak badan..)..Rambut pun sama, kang tengah solat, rambut elok je tembus kain telekung tu..dah solat kita tak sah tanpa kita sedar..iye dak?
  • Longgar - Kain tudung tu mestilah longgar..Ni zaman sekarang sumenya gigih nak lilit kepala sampai nampak saiz kepala gajah..Trend sekarang pakai tudung nak nampak sanggul..Yang xde sanggul pun gigih la pegi beli tudung yang ada sanggul tipu tuh..Siyez la CK cakap, TAK CANTIK pun korang pakai macam tu..
  • Tersembunyi - Bila pakai tudung, telinga tak boleh nampak..Bentuk pun tak boleh nampak..bukan setakat anggota yang telinga tu je, semua yang patut ditutup la.
  • Menutupi @ menyelaputi - Otak yang hilang kewarasan kerana diselaputi selepas mabuk minum arak..(mesti ramai yang tak faham part ni..CK tak tau nak hurai macam mana..kalau nak faham,kena tengok dalam video nih..)
  •  على (Atas) - Atas..Bermakna diluar..Bukannya pakai di dalam..Contoh yang paling mudah, pengantin zaman sekarang suka sangat pakai tudung masuk dalam baju..So dada mudah dilihat..Kenapa sebelum kawen,molek je tutup dada tapi bila time kawen, nak masukkan dalam baju..Kononnya nak nampak fit,kemas tapi dosa sudah sampai time tu..Beware..
  • جيوبهن (Dada) - Atas dada..Makna atas dada bukanlah atas dada bawah leher..Tapi ATAS BAHAGIAN DADA..tudung dilabuhkan ke bawah melebihi dada dan atas pusat..Nak mudah, masa kita solat selepas kita takbir, kan kita letak tangan atas daripada pusat..Jadi itulah takat yang sesuai untuk wanita memakai tudung..melebihi dada atas pusat..






Hubby aku pernah tanya apesal Yuna pakai tudung macam busut semut je.....?? Hmmm?? Busut semut? bior betui laki aku ni punya statement? Aku pun jawabla...."mana ada, tu tudung la tapi style baru"... " ye ke? mcam tu boleh ke panggil tudung?"....Aku terdiam je la...nak jawab apa lagi kannnnn.......

Nak tahu jawapannya???? 


Atau pemakaian tudung yang macam ni? Aku suka tengok Oki ni dah la cantik, tudung dia cantik-cantik pulak tu.....







Program TRIMa - Jabatan


Program Teksi Rakyat 1Malaysia(TR1Ma) pada Ahad lepas adalah satu lagi usaha kerajaan dalam memartabatkan peranan pemandu teksi dan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara. Lebih daripada itu, TR1Ma, yang telah berlangsung di perkarangan letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil, turut mengetemukan para pemandu teksi dengan pemimpin nombor satu negara - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. TR1Ma dengan jelas menunjukkan penghargaan bagi warga pemandu teksi yang dianggap sebagai 'duta kecil', khasnya memandangkan mereka sentiasa berhubung dengan orang ramai termasuk pelancong dari luar negara. Dengan ini mereka dilihat secara tidak langsung mempunyai peranan penting dalam meningkatkan imej negara, memberi penjelasan terhadap dasar kerajaan dan berhubung dengan tarikan destinasi pelancongan negara.

* Ha, tu dia program yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama SPAD & PETEKMA.....Aku??? jadi urusetia bodoh-bodoh je, ala tolong mana-mana yang patut.  Macam-macam ada kat program ni... Ada cabutan bertuah, penyampaian bantuan subsidi tayar, ada persembahan artis-artis tapi yang paling best cabutan bertuah la sebab hadiahnya menarik. Ada samsung galaxy note, net book, motosikal, hamper, tiket penerbangan, voucher tayar kete dan yang paling best hadiah utama KERETA PERSONA...wow! bukan untuk aku tapi untuk pemandu-pemandu teksi yang hadir...bestnyerrrr....







KETERANGAN MENGENAI PROGRAM TRIMa :

IDEA

Difahamkan bahawa idea ini adalah dari Y.A.B. PM sendiri yang memahami masalah pemandu dalam menanggung kos penyenggaraan yang tinggi.

OBJEKTIF BANTUAN
  1. Tambah baik kualiti perkhidmatan teksi (dengan tayar kenderaan yang baru).
  2. Mengurangkan beban pemandu teksi dalam menanggung kos penyenggaraan.
  3. Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan teksi (semua teksi pakai tayar ori dah lepas nie.. :-). 
KELAYAKAN
  1. Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Kereta Sewa dan Teksi Lapangan Terbang (kecuali syarikat yang mendapati konsesi daripada kerajaan - Contoh..., Airport Limo). Teksi LCCT layak dapat bantuan TR1Ma ini.
  2. Pemandu teksi yang tergolong dari jenis-jenis teksi di atas dari seluruh Malaysia, layak menerima bantuan ini.
  3. Memiliki kad pemandu yang sah,
  4. Pemandu Pertama sahaja yang layak memohon (pemegang kad pemandu kedua tidak layak).
PROSES UNTUK MENDAPAT VOUCHER
  1. Isikan "Borang Permohonan TR1Ma" yang diberikan secara PERCUMA secara online, pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Borang tersebut juga boleh disalin semula (fotostat).
  2. Serah "Borang Permohonan TR1Ma" yang telah lengkap diisi dengan melampirkan salinan kad pemandu dan salinan kad pengenalan kepada SPAD sebelum 17hb. Jun 2012. Pemandu yang hantar borang sebelum 17 Jun, akan menerima voucher semasa perhimpunan di Bukit Jalil nanti. 
  3. Jika terlewat, selepas 24 Jun 2012, anda masih boleh menghantar borang TR1Ma terus ke pejabat wilayah SPAD dan boleh dapatkan terus voucher.
TERMA DAN SYARAT VOUCHER
  1. Setiap pemandu yang layak akan menerima 2 keping voucher yang setiap satu bernilai RM260.00 untuk mendapatkan 2 biji tayar. Kedua-dua voucher ini bernilai RM520.00.
  2. Tempoh sah laku voucher ialah selama 6 bulan. Anda boleh menukarnya dalam tempoh tersebut.
  3. 175 kedai tayar Goodyear 220 rangkaian kedai tayar Continental di seluruh Semenanjung telah dilantik sebagai panel. Penukaran voucher hanya boleh dibuat di kedai tayar ini sahaja. (rujuk pada link di bawah)
  4. Penukaran tayar boleh dibuat selepas 14 hari anda menerima voucher.
  5. Tidak boleh ditukar dengan tunai.
  6. Sekiranya tayar yang dibeli melebihi dari nilai voucher, sila-silalah tambah sendiri... :-)






























Thursday 21 June 2012

Sambung Master ???

Dah lama dah grade dari UiTM Shah Alam, majoring in Publishing (Degree in Masscomm) tahun 2006 yang lalu. Dah lama dah tuu..... Hubby suruh sambung belajar amik master tapi raanya otak dah beku dah kot kalau nak belajar sekarang ni tambahan pulak dah ada Aina lagi la tak dapat nak focus nanti. Bila tengok balik Facebook kawan-kawan lama ada yang further study kat Korea la UK la, London la, Japan la.....kat UiTM pun ramai gak. Jeles pun ada gak bila tengok gambar dorg dah abis dah belajar n konvo for their master. Ramai jugak member yang dah jadi cikgu. Aku? masih jugak macam ni...macam no improvement je dalam hidup. still kat level yang dulu.
Tapi apa-apa pun tetap bersyukur kerana Allah sentiasa sayang kat aku. Apa pun aku buat aku kene pikir yang aku masih ada family yang support aku. Cuma bab belajar ni nanti aku pikirkan balik. Tunggu la Aina dah besar sikit ke kan.... Tapi kalau nk sambung belajar pun aku tetap nak sambung kat UiTM, bukan apa senang sikit sbb hubby ada sana leh gi n balik sama-sama....ehheheheh 


Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan kerjasama Ohio University dan bermula sebagai Sekolah pertama sepenuhnya Komunikasi Massa di Malaysia.

Program-program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah selaras dengan pembangunan dalam pelbagai bidang komunikasi dan media. Objektif fakulti ialah untuk mendidik dan melatih pelajar Bumiputera untuk menjadi profesional dan yang akan berkhidmat sebagai ejen perubahan dalam industri dan akhirnya, masyarakat. Dalam mencapai merealisasikan wawasan kami untuk menjadi sebuah institusi utama akademik dalam komunikasi dan pengajian media, fakulti berusaha untuk terus menyediakan persekitaran yang kondusif yang bertujuan untuk memupuk kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Walaupun kurikulum program-program ini adalah sama seperti yang ditawarkan oleh universiti-universiti lain, di mana pun berkenaan, ia condong ke arah membangunkan graduan yang bersedia untuk menghadapi cabaran yang bersifat dinamik amalan global dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan.

Kurikulum fakulti menawarkan pelbagai kajian dalam bidang kewartawanan, perhubungan awam, penyiaran, adversiting, menerbitkan serta komunikasi liberal. Lima program yang ditawarkan di peringkat ijazah Sarjana Muda dan satu program di peringkat diploma.

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media menawarkan pelbagai kursus yang bertujuan untuk membantu pelajar mengembangkan bakat mereka dan meluaskan pemahaman mereka tentang proses dan amalan pelbagai aspek komunikasi massa. Pelajar dalam program ini akan menjalani 4-6 semester pengajian untuk lulus dengan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Media Komunikasi. Fakulti memerlukan pelajar membuat tiga komponen kursus dalam program selama tiga tahun. Komponen ini adalah keperluan kursus universiti, kursus teras fakulti dan kursus teras program.