Sunday 29 July 2012

Kelebihan Bulan RAMADHAN


Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  1. Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  2. Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  3. Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  4. Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  5. Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  6. Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  7. Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Sebenarnya banyak lagi fadilat Ramadhan yang dapat kita perolehi sekiranya kita benar-benar menghayati ma'firat bulan mulia ini. Justeru, sempena bulan yang penuh barakah ini bersama-sama lah kita beramal ibadah demi memenuhi kekosongan jiwa dan bekalan untuk  kita ke sana nanti. Semoga semua amalan kita pada tahun ini diterima Allah yang maha esa.

Gulai Ikan Talang Masin

Hmmm, agak lama tak update blog ni maklumla agak bizi sikit ni dengan keja tapi xpe hari ni ada entry baru pasal masakan lagi....dah lama tak masak gulai ikan talang masin...so bulan posa ni teringin macam-macam la nak makan. Tahun ni memang berazam tak mau beli kat bazar ramadhan. Bukan apa tak mau la jadi macam sebelum ni....membaziaq ja.... maklumla tahun lepas pregnantkan aina so hubby kata tak yah masak la ..... lagipun 2 mulut je nak makan..bukan ramai bebenor...heheheh Tapi tahun ni hubby request suh masak.... Ok la, apa-apa pun jom kite share camner nak masak resepi ni ye ikut cara saya la kan....

Bahan-bahannya :
  1. ikan talang masin (potong-potong)
  2. Terung / nenas / apa-apa jela yang korang suka...
  3. Rempah kari ikan
  4. Santan
  5. Bawang Merah / Besar + Bawang putih (utk kuah- ditumbuk)
  6. Bawang Merah / Besar + Bawang putih (utk tumis)
  7. sedikit garam
  8. Air

Cara-caranya :
  1. rendam ikan talang masin tadi dalam air lebih kurang 1/2 jam untuk buang masin dia tu....
  2. Potong terung (sebab saya letak terung)
  3. Dalam periuk, masukkan bancuhan rempah + bawang yang telah ditumbuk tadi bersama sedikit air dan panaskan di atas api....
  4. pastu bila rempah tu dah menggelegak n dah berbau masukkan ikan talang masin tadi + terung pastu biarkan sebati
  5. Pastu masukan santan + garam (secukup rasa)
  6. OK, utk tumis lak sediakan kuali asing......
  7. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih + bawang besar (goreng sampai garing)
  8.  bila rempah tadi dah masak, tutup api dan barula masukkan bawang yang telah digoreng dalam kuali asing tadi....biarkan je la... pastu nnti boleh la makan bersama nasi panas....






Monday 23 July 2012

Murtabak Maggi Kari

Halo-halo selamat pagi semua haiiii...(ala-ala eric pulak kan)...heheheh. Balik keje semalam plan nak masak tom yam. Semua bahan dah ada...tup-tup aina pulak taknak dok sorang2 asyik nak melekat je dgn ibu dia ni. Hadoi letak kejap kat bawah meraung bagai nak rakkk....tinggal kejap je meraung....sampai nak gerak pun xboleh asyik nak berkepit je dgn ibu. Masakla mcm ni bila nak siap tom yam ibu ni....... last2 amik senduk, dulang, tupperware bagi aina main just nak tarik perhatian dia je......nasib baik dia nak tapi xlama la pastu meraung balik..... sempat la masak gulai udang je.... plusssss buat murtabak maggie.... huhuhuh...tu je tak sempat nak buat apa lagi dah. Dia punya meraung MasyaAllah...kuattttttt macam kene dera !!!... aina...aina..... Apa-apa pun jom kita tengok mcm mana nk buat murtabak maggie ni? ala, korg pun bleh buat sebab senang je...

Bahan-bahannya :

of kos la maggi kan (ikut korg nk bp paket) tp aku buat 2 paket je

Bawang besar diracik (potong dadu kecik2)

Keju (ikut la nk letak berapa) aku suke byk.....

Telur aku letak 2 biji (gaulkan) 1 biji salut kat luar

Cili padi dipotong kecik2

Gula + Garam

Mozarella Cheese (aku tak ada so tak letak la)


Serbuk lada hitam (tak letak pun tak pe)


Cara membuatnya pulak ye :
  1. Rebus semua magie tu tadi tapi asingkan perencahnya. Jangan sampai lembik sangat then angkat pastu toskan dan letak kat tepi jap...
  2. Pecahkan telur tadi (2biji) + garam (sikit je sbb perencah dia aku tak guna semua just sepeket je) + serbuk lada hitam  + bawang+ cili padi pastu kacau bagi rata semua bahan tadi.
  3. Bila dah sebati, masukkan magie yang dah ditoskan tadi ke dalam campuran telur dan gaul la bagi rata. kalau suka cheese leh letak la tapi hancur2kan dulu cheese tu. Sama gak dgn mozarella cheese....
  4. Pastu panaskan kuali (dgn minyak sikit) masukkan la bahan-bahan tadi ala mcm goreng telur dadar tu....biar masak pastu alih-alihkan.....
  5. biar sampai nmpk dah masak so,, angkatla dan boleh makan......hehehehehehe


Sunday 22 July 2012

Lala masak cili api

1st day puasa tak masak sebab dah berbuka kat umah mertua...makan nasi ayam kelas la nasi ayam mak mertua i...hahhahahhahahha. Tapi memang best dapat berbuka ramai-ramai. Sedih jugak sebab jauh dgn family sendiri terpaksa menumpang kasih dengan family mertua...time nak berbuka tu la teringat giler kat ayah n mak di kedah..... selalu time-time macam ni ayah la yang akan sibuk panggil anak-anak dok round table... kalau tak de sorang akan dicariknya jugak.....ayah..ayah....

Tu kisah 1st berbuka, 2nd day kene la masak sendiri bila dah berbuka kat umah sendiri ni. Pening jugak mula-mula pikir nak masak apa kan tapi last-last dapat idea nak masak lala masak cili api + kangkung goreng belacan + ayam goreng...hmmm, tu je la setakat aku dgn hubby je nk makan....Tapi hari ni nak kongsi la resepi lala ni...jommmm....

Bahan-bahan yang diperlukan :

Lala yang dah dibersihkan

Serai yang telah dipotong-potong halus (ricik halus)

Sedikit halia

5,6 biji cili api

Bawang besar @ merah

Bawang putih
Sedikit gula

Sedikit garam (ikut sesedap rasa)

Sos tiram


Cara-cara memasaknya pulak ye :

Blen cili api + halia+ serai + bawang putih +bawang merah + sedikti air

Tumiskan dalam kuali

dah naik bau bahan tumis tadi masukkan lala.....
 
Gaulkan sampai rata pastu masukkan sedikti gula + garam + sos tiram

Kacau sampai masak la...pastu biar kering sikit ala-ala ada kuah
sikit je la pastu angkat la boleh dihidang dan apa lagi makan laaa........











Puding Caramel

Sebelum pose aritu sempat buat "puding caramel" sebab dah lama teringin nak makan tapi tak sempat nak buat. Ada masa n semangat baru nak buat sebab selalu kalau weekend je selalu g jenjalan so bila balik penat dah...masak apa yang ada je untuk makan. Hehehe.... teringin punya pasal kali ni kene la masak....

Bahan-bahannya :

Telur ayam - 5 biji je...

Susu sejat Ideal - ni peberet aku la

Esen vanilla

Air masak

Gula

Loyang
Periuk kukus

Saya punya resepi ni mudah je tak payanh nak guna bahan banyak-banyak tapi terpulangla pada sesetngah orang tu ada yang letak tepung custard la......mcm-mcm la.....tapi ni resepi aku yg mudah...hehehhehe

Cara membuatnya :

1. Pecahkan 5 biji telur dalam bekas dan pukul sampai rata
2. masukkan susu sejat 1 tin + air (suku tin susu sejat)
3. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan (sukatan gula suku tin susu sejat tadi tu.
4. Masukkan esen vanila (satu tudung botol esen vanila tu je)
5. Pastu kacau sampai gula btl2 hancur...


untuk caramel :

1. Dalam kuali asing - masukkan dalam 5,6 sudu gula pasir then kacau atas api yg perlahan saje....pastu tambah air sikit dan terus kacau jgn stop....sampai la gula tadi hancur dan jadi kaler perang....
2. pastu dah perang angkat dan masukkan dalam loyang yang akan digunakan nanti...

Langkah seterusnya ;

1. panaskan periuk kukus kemudian letakkan loyang yg ada caramel tadi then masukkan adunan pertama tadi (tuang je dalam periuk tu).....tudung periuk tu dan biarkan dalam 20 minit pastu dah agak keras sikit angkat la...
2. Biarkan sejuk sikit pastu baru masukkan dalam peti sejuk......
3. Dah sejuk tu siap la untuk dimakan........nyummmmmm...


Taraaaaa....siap untuk dimakan....











Wednesday 18 July 2012

Kerabu kacang botol

Bosan jugak hari-hari kalau makan nasi tak ada ulam. Memang jemu tapi lagi best kalau ada feberet aku ni... kerabu kacang botol..perghhhh, memang jilat jari la jawabnya. Dekat-dekat nak bulan posa ni teringin pulak nak makan kerabu. Yang paling sedap ialah kerabu kacang botol. Nasib baik hubby pun makan jugak so, layan resepi kerabu ni....

Bahan-bahan yang diperlukan :

Kacang botol (ikut suka nak byk mana)
 
Garam, serbuk lada hitam / sulah, sedikit perasa ayam
Knoor/tumix tak kisahla, sedikit kerisik kelapa
 
Cili kering (blen)

ikan bilis (sikit je)


Cara membuatnya : 

  1. Campurkan semua bahan untuk blender (cili api, halia, kerisik, garam, ikan bilis, kelapa parut, cili blend) pastu blend la...jangan hancur sangat ye...
  2. Pastu tuangkan dalam bekas untuk digaulkan bersama dengan kacang botol tapi sebelum tu....
  3. Rebuskan kacang botol (jangan sampai lembik sangat)...pastu potong la ikut suka hati tapi better la sedang2 je...jgn besar sgt jgn kecik sgt...
  4. Gaulkan kacang botol yg dah dipotong dgn bahan-bahan blend tadi... (kalau tak masin tambahla garam + perasa sikit + serbuk lada)
  5. Pastu gaulkan sampai rata...
  6. Masukkan dalam pinggan dan boleh dimakan bersama nasi...

Ni bahan utk blender




Sunday 15 July 2012

Roti Jala

Bermalas-malasan di rumah sekejap sebelum kuar jenjalan di hari minggu yang berbahagia ni. Sempat jugak buat roti jala untuk dimakan bersama dengan kari daging + kuah dorian yang sedap tu...slurrrppp...memang feveret hubby la kalau cicah dgn kuah durian compare to kari. Tetiba je teringat dah lama jugak lepas daripada pantang aritu sampai aina dah genao 10 bulan ni tak makan roti jala buatan sendiri... Hmmm, best jugak kalau ada yang sudi menghabiskan roti jala ni ... sapa lagi hubby la mangsa nya... so, jom buat roti jala.







Resepi cara saya mudah je......

Bahan-bahannya :
  1. Tepung Gandum
  2. Air (jangan cair sangat)
  3. Garam (secukup rasa)
  4. Minyak masak (sikit je)
  5. Serbuk kunyit (utk kuningkan)
Cara Membuatnya :
  1. Gaulkan air dengan tepung gandum (jangan terlalu pekat / cair)
  2. Sedikit garam + serbuk kunyit + minyak sikit..
  3. Pastu blen (guna la blender) sampai betul2 hancur tepung tu....
  4. Panaskan kuali (letak minyak sikit je)
  5. Pastu gunakan acuan roti jala....tebarkanla kat kuali tu.... nak buat bulat boleh, 3 segi boleh. gulung pun boleh....agak2 dah masak tu angkatla...
  6. Hidangkan, dan boleh makan......
  7. Cicah kari / kuah durian pun sedap (ikut selera korang la).
Mudahkan?? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...Nyummm..nyummm