Sunday, 22 July 2012

Lala masak cili api

1st day puasa tak masak sebab dah berbuka kat umah mertua...makan nasi ayam kelas la nasi ayam mak mertua i...hahhahahhahahha. Tapi memang best dapat berbuka ramai-ramai. Sedih jugak sebab jauh dgn family sendiri terpaksa menumpang kasih dengan family mertua...time nak berbuka tu la teringat giler kat ayah n mak di kedah..... selalu time-time macam ni ayah la yang akan sibuk panggil anak-anak dok round table... kalau tak de sorang akan dicariknya jugak.....ayah..ayah....

Tu kisah 1st berbuka, 2nd day kene la masak sendiri bila dah berbuka kat umah sendiri ni. Pening jugak mula-mula pikir nak masak apa kan tapi last-last dapat idea nak masak lala masak cili api + kangkung goreng belacan + ayam goreng...hmmm, tu je la setakat aku dgn hubby je nk makan....Tapi hari ni nak kongsi la resepi lala ni...jommmm....

Bahan-bahan yang diperlukan :

Lala yang dah dibersihkan

Serai yang telah dipotong-potong halus (ricik halus)

Sedikit halia

5,6 biji cili api

Bawang besar @ merah

Bawang putih
Sedikit gula

Sedikit garam (ikut sesedap rasa)

Sos tiram


Cara-cara memasaknya pulak ye :

Blen cili api + halia+ serai + bawang putih +bawang merah + sedikti air

Tumiskan dalam kuali

dah naik bau bahan tumis tadi masukkan lala.....
 
Gaulkan sampai rata pastu masukkan sedikti gula + garam + sos tiram

Kacau sampai masak la...pastu biar kering sikit ala-ala ada kuah
sikit je la pastu angkat la boleh dihidang dan apa lagi makan laaa........











No comments:

Post a Comment