Tuesday, 19 February 2013

Aina dan 'kudanya'

Dah lama tak berkesempatan ank update blog. Blog orang lain pun xsempat nak bukak dek kerana tuntutan kerja yang melambak. Kalau kat rumah memang takkan la bukak blog sebab akan ada 'pembantu' yang datang turut sama nak update blog..sapa lagi si comel aina tu la... : )

Minggu lepas (tu dia minggu lepas punya cerita nih) bawak aina gi pasar selangor beli barang2 dapur. Memang menjadi kebiasaan la kat situ la tempat best untuk shopping barang2 basah yg segar. Memang dah tak tahu dah menu apa nak masak last pikir punya pikir hubby kata beli je la ikan siakap...masak 3 rasa. Hmmm, lama jugak xmasak 3 rasa. ok, dah beli barang then singgah kejap makan tup2 aina merengek sambil tangan tak henti-henti dok tunjuk sesuatu. Toleh je kanan ...hmmm, nampak la kuda plastik budak ni dok 'tercongok' elok je kat sebelah aina. Dia punya senyum sampai ke telinga sambil tangan dok usap2 kuda plastik tu. 

Malas nak layan just tarik tangan dia tup2 pulak melalak depan depan kedai orang. Banyak  la mata2 yg dok perati kitorg anak beranak. Drama hari tu la kan..... Hadoi, nak tak nak kena la beli kuda plastik tu. Memang la tak mahal mana tapi memang sakit ati la jugak dengar aina melalak tu... sepanjang balik ke rumah memang kat atas kuda tu la aina duduk. Dalam kereta ok...pun nak panjat kuda tu, tak sabar2 sampai rumah....

Memang menguji kesabaran la... pasni tak tahu la apa pulak yang dia nampak. Jangan mintak bukan2 dah la.... anak oh anak!





No comments:

Post a Comment