Thursday 17 January 2013

Drama RUBY TV3

Sedar tak sedar drama ADAM & HAWA dah abis dah... hmmm, nak tgk citer pe lak ye.. baru2 ni bukak TV ada la citer RUBY kat TV3 ...best ke cite ni? tengok je la..lama2 mcm best pulak...hehhehe

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.

Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? Nantikan drama bersiri Ruby di Slot Samarinda, TV3 bermula 2 Januari 2013. 

Yang boleh 'melekat' tengok citer ni pun sebab hubby suka tgk gelagat si Sharnaaz yang agak gila2. Tapi macam 'over' pulak gila2 dia tu.....layan je la sebab ada Siti Saleha (aku suka tgk dia, comey)...hehhehe....hubby tersengih2 depan TV tgk sharnaaz dok kacau siti saleha. Dia yang x-cited lebih. Jiwang karat kan laki aku ni tgk cite2 mcm zaman muda2 dulu.... xpela layan jela janji dia bahagia.....

No comments:

Post a Comment