Pantang ada cuti panjang sikit ibu akan pujuk papa balik kampung ibu la sebab kampung papa dekat je kat kg Melayu Subang... tiap2 minggu pegi kampung papa. So, tak la ralat sangat kalau ibu ajak papa sekali sekala balik kg ibu...heheheh. Balik kampung kali ni dah plan tak balik dengan kete. Just nak test aina balik kampung naik bas. Perjalanan dalam 5, 6 jam jugak sampai kampung. Alhamdulillah, Aina tak meragam dan buat hal. Baik je dalam bas. Risau jugak kan sebab tak pernah naik bas jauh2...so, kene ajar la supaya senang nak biasakan aina dok dalam bas lama2...hahhhaha....
Kebetulan balik ni sepupu kawin so ada la aktiviti nak buat. Kalau tak, mati kutu hubby kat rumah xde benda nak buat. Balik2 dia ajak pegi mandi air terjun, tengok laut, pegi pulau.... hadoii, balik kampung tu jela kerja dia. Maklumla Kg Melayu Subang mana ada semua tu kan (hahahahhah)
Kebetulan jugak sepupu sorang lagi baru je dapat baby baru. Anak yang ke-4.. Hmm, cepat sungguh anak dia bertambah. Suker la aina dpt tengok baby.. sikit2 cium baby..peluk2 baby, tido sebelah baby konon2 mcm dia baby jugak la... sampai tak nak balik rumah nak melekat je dengan baby... puas la papa pujuk nak ajak balik. Sampai umah, dok tanya baby... nak tdo pun tnya baby lagi ...hadoiii aina oooi..
No comments:
Post a Comment