Wednesday 9 May 2012

Bengkak kat dada Aina


Semalam, balik keje terus pegi amik aina kat umah pengasuh......sampai je Ibu Ana (panggilan aina kat pengasuh, sbb pengasuh tu sepupu hubby) cakap ada macam biji kat payudara aina. Apa lagi berkerut la sekejap kening aku ni....Yela, tetiba je kan....aku rasa dgn jari memang ada macam ketulan kat sebelah kanan dada dia.....hadoiii, macam mana ni? Perasaan risau mula la 'buat hal'........ Tapi ibu ana kata bila disentuh / dipicit tak sakit sebab aina tak nangis pun... dia baisala, tersengih sana tersengih sini....ahhh, aku tak kira...risau tetap risau.... Ibu Ana bagi petua katanya petua daripada mak dia yang jugak bidan kampung... : amik kapur makan (kapur putih tu) sapu sikit kat area bengkak / biji tu......biar kering skit pastu letakkan cuka....ha, buat selang seli la.....tapi jangan banyak-banyak nanti panas pulak.

Balik umah try buat lagi, Alhamdulillah bangun pagi ni tgk dah kurang sikit. Arini carik artikel lat tenet pasal masalah ni....Alhamdulillah, jumpa artikel yang menyatakan bahawa :

"Sewaktu mengandung, tubuh bayi turut menerima hormon daripada ibu.. Salah satu daripada hormon yang diterima berfungsi membesarkan buah dada ibu.. Tujuannya untuk menyusukan nanti bila bersalin..Jadi, walaupun telah keluar dari rahim ibu, badan bayi masih lagi mengandungi hormon tersebut.. Maka sebab itulah buah dada bayi macam bengkak..Tetapi, hormon bersifat sementara.. Nanti lama-lama dia akan hilang dengan sendirinya.. "

Tapi apa-apa pun risau la jugak...tunggu esok macam mana. Kalau still tak ada perubahan memang kene bawak aina gi hospital la......tak nak la tunggu lama-lama..takut mcam-macam pulak yang timbul nanti..Nauzubillah.....

No comments:

Post a Comment