Rasullullah s.a.w tegah pakai cincin pada jari telunjuk |
Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:
2. Jari kelingking
Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya. Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.
Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan?
Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan. Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan.
Pada jari manakah lebih afdhal?
Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir)
Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin)
Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)
No comments:
Post a Comment