02 Disember 2014 yang lepas genapla usia adik Aisha setahun. Dah boleh berjalan dah, gigi dan ada 4 batang, makan....memang berselera je la. Alhamdulillah, Allah berikan adik kesihatan yang baik sepanjang usia adik setahun. Lepas tu sehari lepas besday adik demam panas badan adik cecah 39.9 ...risau ibu. Rupanya adik nak kene campak sekam (ala yang kecik-kecik tu macam ruam)...... Takpe doktor kata imune badan adik berfungsi lepas kene injection setahun. Mula2 sambut besday adik kat rumah je dengan ibu, papa, kakak dan mak ngah (adik ibu la)...ibu belikan cake comel je 1 untuk adik dan 1 untuk kakak. Tapi yang terlebih excited kakak la....
Hari sabtu tu baru celebrated besday adik kat umah nenek. Banyak nenek masak....tak jemput ramai pun cuma sedara mara dengan jiran-jiran nenek je. Kebetulan besday adik dekat2 je dengan besday paman feruz, auntie Nora, auntie jad.....so papa beli kek 2 bijik. Yang Doraemon tu of kos la adik punya.....Macam biasa la kakak yang terlebih excited tiup lilin belum sempat orang abis nyanyi lagu besday kat adik....
No comments:
Post a Comment