Cuti hari minggu aritu tak tau nak ke mana. Dah selalu sangat dah masuk shopping Complexs kan, so ingat nak makan angin sekitar Putrajaya je la. Ajak hubby gi lepak kat Taman Seri Empangan. Permandangan cantikkk.... Kebetulan masa pegi tu ada orang jual belon air... kakak punya la suka main xhengat nak balik. Adik dari dalam kete smpai kitorg nak balik asyik tido je.....
"Putrajaya sememangnya terkenal sebagai bandar dalam taman. Landskap Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu sememangnya dirancang supaya memudahkan masyarakat dan pelancong asing yang mengunjunginya. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya Taman Seri Empangan yang terletak di Presint 5 berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC). Dengan kemudahan yang disediakan, anda boleh membawa seisi keluarga untuk bersama-sama merehatkan minda dan menikmati keindahannya setelah penat bekerja. Bagi kaki joging, anda boleh melakukan aktiviti kegemaran dengan tenang sambil menghirup udara segar kerana trek disediakan di sekelilingnya. Turut disediakan pondok rehat sebanyak lima unit yang menghadap ke tasik dan empangan, pasti memberikan pemandangan cukup indah apatah lagi jika di waktu senja.
Untuk mereka yang ingin berkelah, bawa sahajalah makanan anda untuk dimakan bersama keluarga secara santai di bawah pondok tersebut sambil bercerita dan gelak ketawa. Jangan risau jika anda tidak membawa makanan kerana di sini juga terdapat restoran yang menyajikan pelbagai makanan.
Lokasi kegemaran
Pepohon yang rendang memberikan udara yang segar kepada pengunjung, sekali gus memayungi apabila cuaca panas.Terdapat dua padang permainan kanak-kanak yang disediakan bagi menampung jumlah kanak-kanak untuk bersuka ria, terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Taman Seri Empangan dibuka kepada awam pada Jun 2007 ini sememangnya sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan teman. Malah, keindahan panorama di sini menjadi daya tarikan kepada pengarah untuk dijadikan lokasi penggambaran dalam drama dan filem mereka. Taman ini juga menjadi lokasi kegemaran bagi pencinta dunia fotografi kerana banyak sudut menarik boleh diperoleh di sini seperti empangan, bangunan kerajaan dan jambatan.
Antara kemudahan lain disediakan adalah tandas dan surau untuk mereka yang mahu menunaikan solat di situ. Jika berkunjung ke sini pada hujung minggu, anda boleh melihat banyak aktiviti lain yang dilakukan oleh pengunjung seperti bermain kapal terbang dan kereta kawalan jauh. Untuk ke sini juga anda tidak perlu bersusah payah mengharungi kesesakan lalu-lintas kerana laluannya cukup mudah. Hanya memandu terus dari Masjid Putra, Putrajaya sehingga PICC.
Ikan Bakar Seri Empangan
Ada kedai ikan bakar kat sini tapi kami xpernah lagi try kat sini. Bagi sapa2 yg nak boleh la try. Restoran Ikan Bakar Seri Empangan adalah cetusan idea YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang mahu warga Putrajaya serta orang luar menikmati makanan laut ala Umbai, Melaka atau Muara, Klang dengan harga berpatutan.
Terletak di Presint 5 Putrajaya dan berdekatan dengan Putrajaya International Convention Center (PICC) pelbagai kemudahan disediakan malah Seri Empangan menawarkan resipi yang enak serta pemandangan menakjubkan terutama pada waktu malam. Menu Utama Ikan Bakar, Masakan Melayu Tradisional, Makanan Laut, Minuman Petang, Masakan Panas, Kek, Kuih-Muih, Bubur. Waktu Perniagaan 10 pagi – 10 malam (Tutup pada hari Isnin). Menerima Tempahan Majlis Korporat, Perkahwinan, Hari lahir. Kemudahan Karaoke, wifi juga turut disediakan. Tel : 013-3490191, 012-4268081, 017-3368081, 012-2888340, 012-3378081
No comments:
Post a Comment