Tuesday, 28 April 2015

Rumah kat Alam Budiman, Shah Alam

Minggu lepas sempat menjenguk ke rumah yang kini dalam proses pembinaan. Insyaalah pemaju kata hujung tahun ni dah siap. Alhamdulillah akhirnya akan dapat rumah sendiri tapi tak pasti la dapat dok situ ke tidak sebab opis kat putrajaya. Takkan nak ulang alik kan...jauh gak tu. Kuarters skrg ni pun mcm best je ...dah macam malas nk pindah plak dah. Ok, bab rumah kat Alam Budiman tu. Ala rumah kecik je apartment je pun...Kebetulan husband orang selangor. Apply rumah selangorku tup2 dapat...Alhamdulillah. Harga rumah RM178K....Guna nama husband guna loan gov la senang sikit kan. Aku punya nanti la cari umah teres baru guna gov loan aku lak.





Oleh kerana husband adalah antara 10 orang pertama yang layak so, dapatla naik pentas salam dengan YB Azmin Ali.....Ye la nak tunggu rumah PPA1M dari siri 1 sampai siri 5 xdapat2 kan nasib baik dapat umah selangor. Husband dapat pilih unit rumah. So kitorg decide nak tingkat 1 sebab kalu bawah sangat nanti bising lak kan...orang lepak2 tepi rumah la kan. Amik jela tingkat 1 at least ada balkoni leh lepak minum kopi. Rumah ni ada 3 bili + 2 bilik air. Ada 5 tingkat... dari G-level 4. Tapi xde lif sebab rendah sangat kan, semuanya ada dalam 12 blok. Kitorg amik yang dekat dengan playground dan surau. Ni antara gambar rumah contoh :

Ruang tamu



Bilik utama

Bilik 2

Bilik 3

ruang dapur

Ruang makan

Boleh la kan daripada xde langsung. Susah2 sangat deco macam rumah contoh ni pun dah ok dah. Husband kata kalu opis masih kat putrajaya terpaksa la sewakan rumah tu. Sayang nak sewakan tapi daripada biar xde sapa duduk kan rugi. Insyaallah mana tau 1 hari nanti dapat bertukat ke Shah Alam boleh dok kat umah sendiri..... :)

Monday, 27 April 2015

Kakak & Adik

Bila anak-anak dah besar teringin jugak nak ada baby lagi kan tapi....nanti la dulu sebab kepala sakit melayan 2 org gegirl ni dah mcm ada anak lelaki dah. Suka gaduh....adik pantang nampak barang kakak nak ambik, kakak pulak bila adik ambik barang mula la rampas balik maka terjadilah drama berepisod....hadoiiii ibu la saksi segala kejadian yang berlaku. Suara ibu dah menguasai suasana umah "kakakkkkkk....adikkkk....." terjerit2 la ibu ni ha. Anak2 buat dek je...sabo je la...Sekarang dorang ada hobi baru...jeng..jeng..suka ber'penampor' orang... pantang salah sikit tangan si kecik tu mula la melayang kat pipi ibu. sesedap rasa dia je dia nak lempang ibu pastu bila kene marah buat muka xbersalah, siap senyum lagi..alolololo comey pulak xjadik la si ibu nak marah!




Tu bila time dorang gaduh tapi bila penat gaduh tau pulak masing2 nak berkepit kan. Boleh pulak korang dok baik2 kan....hmmm, macam2 perangai macam2 ragam tu baru 2 anak...Bila dah berbaik mcm tu ibu la orang yang paling lega dan tersenyum lebar...senang hati! tapi.......itu cuma sementara ...lepas tu korang akan gaduh balikkkk !!!!!






Dulu, hampir 2 tahun aku tunggu nak anak. Mulut orang asyik tanya je bila lagi... sedih sangat time tu. Tapi bila pregnat kat kakak Alhamdulillah. Ibu sayang kakak dan adik ketat2.... ibu kene garang sebab nanti korang terlebih manja. Apatah lagi dengan papa..dia memang suka manjakan korang. Pantang dengar nangis asyik nak dukung je. Ibu? korang jangan harap la nak dapat dukung tambah kalau besar2 mcm sekarang...No Way laa... Adik pun dah pandai jeles dah. Bila ibu peluk @ cium kakak, adik akan datang peluk cium ibu jugak, last2 dua2 ibu rangkul erat. Sayang anak2 ibu....


Kami yang 'Happy go lucky'

Aku memang dah berusia 32 tahun.... tahun ni tapi jiwa tetap remaja..wakakakaka... (sila muntah hijau. Apa? ingat muda2 je boleh selfie... wefie?? aku pun boleh la...muahaha apatah lagi kalau berkawan dgn budak bujang + muda mmg menjadila kan...  asalkan hepi & xkacau orang xpe kan. Aku ni kan open minded... Ala, selagi boleh tersenyum utk selfie ni ..sok2 dah kerepot xcantik nk senyum susah nk pegang kamera payah nk selfie kan....






Tengokla tu...layankan jela si Fatin nih...hahahah sekali sekala xpe kan. Bukan setakat dengan opis mate je aku suka berselfie + posing2 ni..dengan anak-anak pun jadila kan sebab en suami bukan jenis yang suka amik gambar (orang laki mmg gitu gamaknye ye, susah bebenor)....Anak aku pun layan kan jela ibu dia yg mmg jenis mcm ni....





Kawan-kawan a.k.a opismate yg best

8 Tahun berkhidmat di sini banyak suka duka yang dah aku lalui. Dari tak tau apa2 lama2 tau la kan sebab dah berakar kat sini. Gelak tawa dengan kawan-kawan is the best moment yang takkan aku lupa sampai bila2. Disini la aku mula bertapak dan di sinilah memori tercipta...wahhhh, 'dalam hati ada taman'. Mula2 masuk keje dapat berkenalan dengan sorang kakak yang banyak bagi aku nasihat.. kak Memi Asdora. Lama jugak dengan dia sampai  la dia dah bertukar ke Pahang dan dah naik pangkat pun sekarang ni...dah jadi bos dah....


Tahun-tahun berikutnya digantikan dengan kawan-kawan yang penuh gelak tawa, tak kering gusi....Fisha, Kak Rahimah, Muzlifah, Fatin & kak Marhaiza. Dalam ramai2 yang paling kuat gelak adalah si Muz...memang nak gelak dengar dia gelak. Yang paling becok si Fisha....Tapi yela kan tak semua akan sentiasa ada dengan kita. Fisha dah bertukar ke Melaka....Muz pulak dah bertukar ke Penang. Masing-masing tinggalkan kenangan je kat sini. Sama jugak dengan kak Rahimah turut berpindah opis ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.... Dalam diam2 tup2 keluar sorang lagi anak dia. Alhamdulillah lelaki... Tinggal la Fatin & kak Marhaiza je teman aku kat sini....

Me & kak mah

Ni amik bunga si Muz......

Time ni tengah membuyung...blue theme

muzlifah

Kak mah, Fatin & Fisha....memang kaki selfie nih

Time last2 dah kak mah nk pindah....

Ni la keje  n hobi kami

Ni la ...boleh buat cover album

Me n Fisha

Ni la si Muz....ntah apa yang digelakkan pun xtau...kuat gelak minah ni..hahahahha

Elokla kami memang suka selfie.....wakakakakaak

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

16 April 2015 genap la 8 tahun berkhidmat kat sini. Dari mula2 posting sampai sekarang la tak pernah tukar2. Pernah jugak mintak tukar dulu tapi nasib masih kat sini. Pengarah bertukar pengarah, kawan bertukar kawan, bos bertukar bos...aku masih di sini. xpe, semua tu pengalaman. Dan dalam jangka masa itu jugak baru-baru ni baru la dapat APC. hhuhuuuhuhu....Alhamdulillah. Kawan2 seangkatan aku dulu dah lama dah dapat, Ada yang dah naik pangkat pun. xpela rezeki dorang dan ini adalah rezeki aku.....


Muka tu hepi xhepi sangat la kan sebab dah lama dah kerja so macam tu la kan....hmmmmm, Neway terima kasih bos sebab calonkan saya kali ni ye. Insyaallah akan cuba jalankan tugas dengan lebih baik lepas. Tak payah cakap banyak la kan sebab nnti org kata tak bersyukur lak kan... Alhamdulillah syukur sangat ! Alhamdulillah.....

Sunday, 26 April 2015

Main-main kat Starship Galatica OU

Sabtu haritu bawak dua beradik ni gi jalan-jalan OU, kebetulan singgah rumah MIL pastu ajakla sekali join jalan2. Kebetulan adik-adik ipar pun ada, so dorang join jugak sekali. Bosan kan asyik dok umah je kan.....Dah lama xke OU (One Utama). Dulu masa dating je gi sini tu pun xde la selalu sangat. Sekarang ni anak dua agak terbatas la sikit kan... Kali ni memanh niat nak bawak dorang la gi jalan-jalan kebetulan adik ipar yang bongsu tu ada boleh la tengok2 kan si Aina main kat Starship Galatica OU. Ok, jom citer skit pasal Starship Galatica OU ni....

* Ni tempat budak-budak main la lepas parents shopping2 kan. Ada jugak parents yang tinggal je anak-anak dorang kat sini bila dorg gi shopping tapi aku xberani la sebab ye la buatnye si kakak berlari kuar cari aku naiya je kan...
  
* Ni pulak alamat dia : SK6A 1 Utama Shopping Center, Bandar Utama City Center Bandar Utama Petaling Jaya, 47800... tel : 03-7728 7316


* Bayaran dia : kalau weekdays (RM21.20 inc GST) / WEEKEND (rm26.50 (inc GST)... Ha kauuu, GST la pulak








Opsss, lupa nak bagitau kalau nak kesini kena pakai stokin ye sebab nanti korg  kene beli stokin dia RM4/pair...parents boleh masuk temankan anak tapi kalu nk ke atas main dgn dorg kene pakai stokin jugak. Kalau setakat masuk dalam & lepak je kat dalam tu its ok la.....