Dah agak lama xupdate blog. Alhamdulillah, tanggal 1 September 2015 yang lalu aku selamat dah posting jawatan baru ke jabatan baru. Memang secara tidak langsung memang dah terkeluar dari jabatan sekarang....ala-ala jawatan pinjaman la di opis baru ni. Memang tugas yang berbeza, suasana berbeza, pembawakan diri pun kene beza, pengalaman pun beza, orang-orang kat sini pun berbeza.....memang totally different. Mula2 memang bersemangat, maklumla keje baru....tapi seriusly memang xbleh layan cara keje kat sini. Bulan pertama memang rindu sangat kat kawa-kawan opis lama. Ya Allah tuhan saja yang tau macam mana perasaan....rasa nak lari dari sini. Bukan sebab keje tapi sebab bos kat sini yang agak macam "bossy" compare dengan opis lama. Memang benar2 menguji mental. Hari pertama lapor diri Ketua Pengarah siap sound kata nakkan pegawai lelaki untuk jawatan aku ni tambahan lak aku kan agak comel sikit so sikit sebanyak kene perli la sebab kat sini kebanyakannya adalah orang-orang latihan. Fit2 la kot semuanya kalu nk dibandingkan dengan aku. Tapi bila jumpa dngan staf2 kat sini hampehhhh...ada jugak la lebih 'sihat' dari aku......well, manusia memang suka complain!! xpe aku anggap sebagai satu cabaran. Pengarah perempuan, PTD yang agak cool tapi tak banyak cakap. So jarang berurusan dengan beliau. Bos atas aku , mula2 hokey lepas tu mula nampak mcm "bossy" dan agak tidak profesional. Aku paling xsuka bila ada orang suka buat muka & "moody" tanpa sebab pastu bawak2 kat semua orang. Memang pantang la aku......sikit sebanyak ini mendatangkan stress kat aku dan secara tak langsung memang fokus aku untuk keje jadi down. Sampai 1 tahap aku dah rasa xbest dok sini. Setiap Isnin bangun pagi aku harap yang aku bermimpi dapat posting kat sini. Betapa sukar aku nak harungi hari2 aku kat sini dengan surrounding yang memang aku xsuker!!!!. Bulan Oktober (genap sebulan aku kat sini) aku dah isi borang tukar sebab memang dah xbleh blah kat sini.....Pengarah & TKP dah sign tapi biasala bila tiba kat Sumber Manusia Jabatan aku macam ada penghalang yang menyekat aku.....Harapan untuk dapat tukar agak sukar sbab sebelum ni memang aku nk bertukar suka sama suka dengan sorang mamat ni tapi bos dia lak xbagi dengan alasan dia baru je di postkan kat bahagian tu. Frustrated!!
Oleh kerana dah xtahan sangat aku naik jumpa sendiri dengan KP dengan harapan dpt memudahkan urusan aku. Tapi harapan tinggal harapan sebab KP sendiri bgtau dia xleh buat apa. Fine !! aku sedar sebab aku bukan orang2 harapan beliau apatah lagi org2 yg femes kat jabatan aku memang xkan layanla. Kasta jugak la.....diskriminasi ye! ye memang ! aku akui sebab kebanyakan org2 dorg yang berpengaruh senang untuk minta tukar dan of kos akan dapat tempat posting seperti yang mereka nak dan yang penting dikekalkan dalam jabatan. Padan muka aku sebab tak pandai kipas ngipas, gediks2........xpe Allah uji aku lagi.
#moodkelaut
No comments:
Post a Comment