Thursday, 3 January 2013

Cerita tentang sebiji tembikai


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Umpamanya manusia jugak... kepada siapa kita komplen kalau kite tengok gemuk? "eei,, gemuknya ..." dengan pandangan sinis... kenapa? kita kutuk ciptaan Allah ibarat kita tidak suka dengan ciptaan-Nya. Jika kita rasa diri kita sempurna, ingatla manusia tidak pernah sempurna kecuali Allah...........Terima la seseorang itu dengan ikhlas kerana Allah.....

Begitu juga dengan dugaan dalam hidup kita. Kepada siapa kita marahkan sekiranya musibah datang melanda hidup kita? bukankah musibah itu datang dari Allah, Percayalah, bahawa sekiranya kita berdoa dan meminta dengan ikhlas, Allah itu maha mendengar. DIA yang menurunkan musibah dan DIA juga yang menarik balik musibah tersebut. Jangan bersangka buruk dengan Allah.

No comments:

Post a Comment