Thursday, 25 December 2014

Banjir di Kelantan adalah yang terburuk

Ya Allah......sedih dengan nasib yang menimpa bumi Kelantan terutamanya la yang dilanda musibah banjir. Tengok kat FB dan blog abis tenggelam ....cuma nampak bumbung rumah je. Kesian sangat kat dorang yang ada kat sana. Apala nasib dorang...semoga semuanya selamat.


KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307),  Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan. 

(SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/banjir-di-kelantan-semakin-buruk-1.344278)


Keadaan banjir di Kelantan

Banjir Kelantan Terkini Dilihat Berkurangan



Banjir di Kelantan dan T'ganu berubah sedikit, pusat pemindahan di Jeli ditutup

banjir_di_kelantan_terkini







Tuesday, 23 December 2014

Farewell di Skyview@11

Semalam opis ada buat jamuan sempena farewell 2 staf ...sorang pegawai kontrak dan sorang lagi pelajar praktikal....memang boleh dikatakan ni 1st time ibu sebagai salah seorang yang turut menjayakan 'plan' ni. Sebelum ni kalau majlis farewel buat kat bilik mesyuarat opis je. Yela kan lebih afdal dan lebih rasmi. Tapi kali ni majoriti staf nak bertukar angin...bajet pun ada so skyview@11 la pilihan hati sebabnya dekat dengan opis. So far menu yang disediakan memang ok la kene dengan selera tekak. Kitorg amik set/person RM25.00 (minuman + dessert). Dessert dia ada kek, bubur, sup kentang, agar2 buah2an......(sori xsempat lak amik gmbar menu)

Cafe Skyview, Tingkat 11, Jabatan Peguam Negara, Presint 4, Putrajaya (Skyview@11)
















Sunday, 21 December 2014

Happy Besday Nur Aisha Imani

02 Disember 2014 yang lepas genapla usia adik Aisha setahun. Dah boleh berjalan dah, gigi dan ada 4 batang, makan....memang berselera je la. Alhamdulillah, Allah berikan adik kesihatan yang baik sepanjang usia adik setahun. Lepas tu sehari lepas besday adik demam panas badan adik cecah 39.9 ...risau ibu. Rupanya adik nak kene campak sekam (ala yang kecik-kecik tu macam ruam)...... Takpe doktor kata imune badan adik berfungsi lepas kene injection setahun. Mula2 sambut besday adik kat rumah je dengan ibu, papa, kakak dan mak ngah (adik ibu la)...ibu belikan cake comel je 1 untuk adik dan 1 untuk kakak. Tapi yang terlebih excited kakak la....



Hari sabtu tu baru celebrated besday adik kat umah nenek. Banyak nenek masak....tak jemput ramai pun cuma sedara mara dengan jiran-jiran nenek je. Kebetulan besday adik dekat2 je dengan besday paman feruz, auntie Nora, auntie jad.....so papa beli kek 2 bijik. Yang Doraemon tu of kos la adik punya.....Macam biasa la kakak yang terlebih excited tiup lilin belum sempat orang abis nyanyi lagu besday kat adik....



Tuesday, 9 December 2014

Masa dengan anak-anak

Kejap je masa berlalu....dapat tengok anak-anak membesar depan mata adalah satu rahmat yang memang tiada tolak tandingnya...cewahhhhh, ayat xhengat... betul..rasa macam baru lepas abis pantang je kat Aisha tup2 dah setahun anak bunda cumel tu....heheh. Ibu akan pastikan setiap kali ada masa terluang ibu akan bawak dorang jalan-jalan atau ke taman permainan. Yela kan dahla hari2 kene tinggal dengan pengasuh, hari cuti jela dapat spend time dengan budak2 ni. Anak-anak hepi, ibu hepi, papa hepi....




Cuma yang berlum terlaksana adalah nak bawak anak-anak jalan-jalan jauh sikit...tahun ni (2014) cuti ibu memang ngam-ngam je sebab kerap cuti balik kampung, EL sebab ibu ada urusan, ibu tak sihat, anak-anak ibu tak sihat....ada kematian sedara la....Tapi nanti ibu & papa akan plan untuk bawak anak-anak ibu gi jalan-jalan.....kakak Aina memang suka sangat main kat play ground, Kebetulan masa balik keje dari opis ke tempat ni xjauh so singgah kejap la layan dorng main. Hilang penat ibu bila tengok anak-anak hepi macam ni.....








Besday Aina

Dah lama sangat tak update blog ibu ni, banyak yang tertinggal. Ok nak share pasal besday Aina aritu....8 September aritu (dah lama dah kan) buat bday Aina kecik-kecik je. Tu pun buat kat Taska dia je celebrated dengan kawan-kawan hepi sikit. Bila tanya Aina nak kek apa? dia jawab nak kek Frozen...hmm dah agak dah ...tsunami Frozen kan ...budak2 kompom tau bila sebut je Frozen, let it go.....snowman..bla..bla....ok back to the point... : )

Punyala google kat internet nak cari kedai kek yg boleh amik tempahan kek frozen...memang banyak kedai tapi berkenan pulak dengan sorang akak ni ...dia buat kek dari rumah..sebab pilih akak ni? heheh dekat dgn umah la senang nak gi amik. Kat Presint 11 ni jugak tak jauh. kek pun murah RM80 (1kg) ...okla kan standard price la sbb request chocolate cake ...



Tapi tu la kan......hset problem abis hilang no tepon akak ni.....huhuhuhu. Alhamdulillah puas hati la dengan kek ni....ala, budak je kot yang nak makan kan. Beli jajan sikit, air kotak n toys sikit bubuh dalam plastik bag sebagai goodies untuk kawan-kawan Aina. Suka la dia siap rewuest nak pakai crown as like as prince Elsa....hahahaha...baju pun nak pakai Frozen jugak. Nasib baik jumpa crown yang dia nak tu. Ikutkan jela.....suka tengok Aina hepi. Zaman ibu dulu-dulu tak ada maknanya la nak celebrate besday ni....huhuhuhuu. At least zaman anak-anak ni bagi la dorang rasa sikit asalkan tak la berlebihan, berpada-pada cukuplah. Besday Aina setahun buat kat umah nenek dia (mertua), besday 2 tahun beli kek kecik je sambut kat umah dengan ibu n papa je....kali ni dia dah besar sikit dan dah ada ramai kawan boleh la buat besday kat taska. Apa2 pun hepi besday Nur Aina Amani...semoga kamu membesar jadi anak yang solehah, baik, pandai, bijak, elok budi pekertinya...dan sentiasa dalam lindungan Allah. Ibu, papa, adik sayang ketat2 kat kamu !