Thursday, 17 January 2013

Drama RUBY TV3

Sedar tak sedar drama ADAM & HAWA dah abis dah... hmmm, nak tgk citer pe lak ye.. baru2 ni bukak TV ada la citer RUBY kat TV3 ...best ke cite ni? tengok je la..lama2 mcm best pulak...hehhehe

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.

Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? Nantikan drama bersiri Ruby di Slot Samarinda, TV3 bermula 2 Januari 2013. 

Yang boleh 'melekat' tengok citer ni pun sebab hubby suka tgk gelagat si Sharnaaz yang agak gila2. Tapi macam 'over' pulak gila2 dia tu.....layan je la sebab ada Siti Saleha (aku suka tgk dia, comey)...hehhehe....hubby tersengih2 depan TV tgk sharnaaz dok kacau siti saleha. Dia yang x-cited lebih. Jiwang karat kan laki aku ni tgk cite2 mcm zaman muda2 dulu.... xpela layan jela janji dia bahagia.....

Aina & biskut ikan



Januari 2013, Aina genap 1 tahun setengah... kejap je rasa dah besar anak ibu. Makin banyak ragamnya...terkini aina dah pandai sebut 'air' tapi dalam loghat utara... "nak ayaq" heheheh.. lawok la bila dgr dia cakap loghat utara... banyak jugak perkataan yang tiba2 je keluar dari mulut aina... "nanak (tak nak)", "atik (cantik)", "bubu (ibu)", edap (sedap)", dodok (duduk)", "iyak (bila dia buang air besar)"...... kadang2 dok cakap sorg2 mmng ibu xpaham langsung la bahasa aina. 








Susah sekarang ni nak bagi aina makan nasi. Dah tak tau dah menu apa ibu nak masak utk tarik selera aina. Tapi dalam banyak2 makanan, biskut ikan ni jugak feberet dia. Tak tau la sedap sgt ke sampaikan seminggu 2 bungkus biskut ni dia abiskan. Kalau tengah melalak tu bagi je biskut ikan ni automatik diam terus... memang ni bekalan la kalau pi jalan2.... hmmm, xpela at least makan biskut daripada makan jajan yang bukan2... huuhuuuh



Friday, 4 January 2013

Bleeding...huhuhu

Awal tahun baru disambut dengan berita yang mendukacitakan hati aku...huhuuuu semalam kat opis time tgh nak buang air tup2 ada nampak tompok darah...uuuiiiii....apa tu??? pastu ada ketulan darah merah lak kuar... lagi suspen apakah???? Apa lagi terus pecut g klinik la check apa yg patut. Mula2 doktor cakap scan hanya nampak kantung baby je tapi baby xde jantung ni berdegup kencang. Ya Allah...... pastu doktor kata usia kantung 6 minggu walhal kalau dikira balik dari tarikh last period should be dah 10 minggu. Doktor buat surat refer ke Hospital. Takutnya.......

Time tu jugak terus ke hospital, ke bahagian PAU (untuk masalah mcm aku ni la). Doktor scan perut memang xnmpk bby. Kantung je ada... tak puas ati buat scan dari bawah then baru nmpk ada gumpalan mcm darah. Tapi doktor kata xleh kesan heart bip bby... lagi sedey. Doktor xberani nk cakap lebih. Dia kata kalau bby nk jadi nnti lagi 2 minggu dtg utk scan heart bp tp kalau bby xnk jadi dia akan kuar sebagai darah la...means? GUGUR la....

Huuuhuh..... balik je dari hospital. Kompom darah ketul makin banyak kuar. Bukan darah merah cair tapi ketul2....paling mengejutkan elok bangun berdiri je seketul darah jatuh tp xdela besar sgt....huhuu..hati  ni kuat kata mmg xde rezeki aina nak dpt adik la ni. xpe, aku redha. Positive thinking: at least dia kecik lagi dan xde heart bip daripada dah bersar dlm perut lagi aku xleh terima....huhuhu

Insyaallah, mungkin ada rezeki lain untuk kami di tahun 2013 ni.......so, ingat nk g check doktor lagi la nk make sure darah tu dah kuar abis ke tidak...hmmm, apa nak dikata sudah takdir xde rezeki......kene berpantang jugak la walaupun bukan mcm org bersalin sebab rahim nak kene rest jugak.....

mood : sedih & redha....doakan yg terbaik lepas ni.....

Thursday, 3 January 2013

Cerita tentang sebiji tembikai


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Umpamanya manusia jugak... kepada siapa kita komplen kalau kite tengok gemuk? "eei,, gemuknya ..." dengan pandangan sinis... kenapa? kita kutuk ciptaan Allah ibarat kita tidak suka dengan ciptaan-Nya. Jika kita rasa diri kita sempurna, ingatla manusia tidak pernah sempurna kecuali Allah...........Terima la seseorang itu dengan ikhlas kerana Allah.....

Begitu juga dengan dugaan dalam hidup kita. Kepada siapa kita marahkan sekiranya musibah datang melanda hidup kita? bukankah musibah itu datang dari Allah, Percayalah, bahawa sekiranya kita berdoa dan meminta dengan ikhlas, Allah itu maha mendengar. DIA yang menurunkan musibah dan DIA juga yang menarik balik musibah tersebut. Jangan bersangka buruk dengan Allah.

Aina pon minat shopping online

Kalau ibu minat shopping Online....hmmm, hobi tu turun jugak ke Aina. Pantang tinggal kejap laptop kat sofa pastu adala yang akan kacau. Tak sampai seminit tinggal mula la tangan comel tu pegang mouse pastu konon2 surve internet. Macam confident pandai je kan... walhal tah apa2 yang si comel Aina tekan. Nak cari lagu Gangnam style la tu (ekoran daripada ajaran papa dia yg selalu pasang lagu tu). Budak2 zaman sekarang cepat betul ikut yang pelik2.... laptop tu pandai pulak dia 'on' kan power, tu la hasil daripada observation learning oleh Aina. Tak payah ajar. Tengok je pastu kejap lagi dia akan apply la.... 





Shopping Online

Hmmm, best jugak kadang2 dok depan PC tak yah sesak2 nak g cari parking, jem just sebab nak shopping. Sejak 'terjerumus' dengan shopping online kat internet ni aku ada 1 fav blog shop online... http://jessabellapluzsizestealz.blogspot.com/.. ha tu la tapi ini untuk yang saiz comel2 macam aku ni je yang kecik2 xde ye....bukan apa kalau pegi kedai pun lebih kurang je harga termasuk postage. Baik aku layan online je lagipun sepanjang aku bershopping dengan jess shop blog ni Alhamdulillah, bajunya cantik2 dan kene dengan taste aku. Memang kena dengan saiz...haa, tu yang penting. : )


Antara koleksi yang aku dah beli; jaket, blouse, baju2 biasa, seluar.....pendek kata kat dalam blog ni mcm2 ada....termasuk la accessories... so kepada mereka yang bersaiz comel mcm aku byk lagi blog untuk anda pilih untuk bershopping kalau malas nk kuar g kedai. Antaranya : 
  1. http://jessabellapluzsizestealz.blogspot.com/
  2. http://eleisurefashionhouse.blogspot.com/
  3. http://fashiono.my/tag/plus-size/
  4. http://wardahwardrobe.blogspot.com/
  5. http://blingsplussize.blogspot.com/search/label/Dress
dan banyak lagi laaaaa....... selamat bershopping...