Monday 30 April 2012

Selamat Pengantin Baru Fasha Sandha


Nur Fasha Sandha Hassan (Fasha Sandha) sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli atau Jejai selepas dinikahkan di Hotel Crowne Plaza Mutiara. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung Fasha Sandha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad.

Rizal Ashram melafazkan nikah sebanyak dua kali. Majlis itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu kandung Fasha Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

asha Sandha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 dimana angka lapan adalah angka kegemaran suaminya.Namun Fasha Sandha enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum. Fasha menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh.





Alhamdulillah, akhirnya Fasha selamat bergelar isteri kepada Jejainya yang tercinta. Tak sia-sia la Fasha setia tunggu Jejai kan...Apa-apa pun semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke hujung nyawa... selamat berbahagia Fasha & Jejai.....

2 comments: