Monday 24 November 2014

Baby Aisha Imani

Memang dah lama sangat tak buka blog....xsempat nk berblog... baby Aisha pun dh nk masuk setahun dah. Aisha dah boleh berjalan dah sekarang tak macam kakak dulu ngam2 setahun umur sambut bedsday dia boleh jalan. Alhamdulillah pengalaman membesarkan Aisha mudah dan dia tidak banyak ragam. 






Nur Aisha Imani lahir pada 02 Disember 2013 di hospital Putrajaya. Berat masa lahir 3.32 kg berat sikit je dari kakak...Alhamdulillah normal. Cuma kuning Aisha tinggi sampai kene tahan kat ward. Sebulan lebih jugak ibu dengan papa ulang alik hospital check kuning awak dik. Sampai 1 tahap tu ibu dah give up sebab kuning awak masih tak turun-turun. Macam-macam petua orang bgtau ibu amalkan dik....tapi tetap xturun jugak. Ibu tetap bagi awak minum susu ibu sebab susu banyak time tu. Orang kata ubat penyakit kuning ni kene bagi susu ibu banyak kat baby...last2 bila doktor kata yang awak kene amik last blood test tu ibu dah nerves... doktor kata kalau lepas amik ubat pun kuning tak turun jugak awak kene tukar darah... 1 badan dik...menangis ibu dengar. Doktor perlukan 4 botol kecik sampel darah awak + sampel urine awak. Doktor tak bagi ibu masuk tengok awak masa dorg amik darah awak....mungkin takut ibu pengsan tengok awak kene cucuk banyak.... kat luar ibu dengar awak nangis....ibu turut nangis jugak dik...bahu papa la jadi saksi abis air mata ibu basah baju papa...tapi papa dia je dia biar je ibu nangis sebab dia pun dh penat pujuk ibu. 

Selesai bab amik darah...tunggu result lak. 2 minggu ibu xsabar, takut...risau semua ada nk tau apa result blood test awak tu. Last2 doktor kol suruh dtg jmpa dia...result dah kuar....

"Puan, kami dh dpt result blood test baby..."
Jantung ibu makin debar kuat....Ya Allah mintak2 xde apa2 la...

"macam mana doktor?" ibu mmg xsabar kan....

" Puan, puan jgn tekejut kalau saya bgtau ye..."

huh???

"result darah ......ok puan normal....Alhamdulillah"

Huhhhhh......Alhamdulillah.....syukur sangat ibu time tu. Adik tau tak sebab apa kuning adik turun mendadak? sebab doktor sarankan ibu stop dulu susu ibu sementara waktu ni..... rupanya dik susu ibu ni xsesuai untuk awak.....upss untuk darah awak sebenarnya dik. Ibu redha. dekat 2 minggu jugakla ibu stop susu ibu. Semua susu yg ibu dah pam utk buat stok ibu buang takut kalau effect kesihatan awak in future kalau ibu continue bg awak. Sampai umur awak 2 bulan ibu start pump balik tapi kuantiti susu ibu mmg merudum jatuh terukla...nk dapat 3oz pun susah. Tapi ibu usaha jugak boleh la skali pump tu dpt 5,6oz Alhamdulillah rezeki awak.....

Sekarang awak dah nak setahun ....bulan depan je 2/12....ibu rasa macam baru semalam kuar wad bersalin. Awak dan kakak awak membesar depan mata ibu adalah satu anugerah yang paling terindah dan tinggi nilainya dalam hidup ibu....Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan 2 puteri ini untuk aku. Semoga Aina, Aisha dan adik2 (mungkin la kan...) akan jadi hamba Allah yang baik, penawar dan penyejuk hati ibu / papa. We love both of u so much.....




No comments:

Post a Comment