Sunday, 20 December 2015

Alhamdulillah ...rezeki Allah lagi

Dalam pada hati bersedih, Allah bagi lagi rezeki........Alhamdulillah. September aku xsedar yang aku dah missed period then badan dah letih semacam je. Balik keje asyik nak tido je. Lebih kurang seminggu berkeadaan macam tu. lemau, letih, penat, malas...... Ya Allah, kenapa ni?? sampai husband tegur..."awk kenapa letih semacam je".... " ntahla, xtau kenapa".... " ngandung kot??" kata husband gurau..... Terus tersentap ehh, period xdtg lagi bulan lps. Apa lagi mula la cari pregnancy test.... xlama nk tau result, kejap je....memang 2 line. Terbeliak la biji mata. Pregnant??? Alhamdulillah......

Gambar Hiasan

Esoknya tu rasa nak demam, singgah la klinik jap amik ubat. Bila doktor check tekanan darah masyaallah tinggi..... 160/110 memang sangat tinggi tambahan pulak awal pregnant memang doktor buat surat ke hospital terus la. Memang kene admit la kat wad. Drip air 3 botol, amik darah 3 kali....rasa nk pengsan! Time tu baru 11 minggu kandungan. Doktor kata aku dah ada Hipertensi. Mungkin efek daripada keje xbest kat opis skrg ni. Ya Allah, sampai bila la aku harus bertahan lagi?

Sejak haritu, bermula la rutin untuk BP Monitoring setiap hari setiap pagi. Memang bos agak tarik muka bila aku bgtu mcmtu. Nak buat mcm mana, bukan aku mintak ada tekanan darah tinggi ni. Dari minggu ke minggu memang kene ngadap muka nurse. Smpaikan kene perli la sebab setiap hari xde kat opis then kalu bp tinggi petang kene dtg repeat BP monitoring. Lantala apa orang nak kata yang penting nyawa aku dan baby dlm perut nih. Lepas tu dalam sebulan BP dah ok sikit 130/90....masih tak cantik lagi, kdg2 naik 140/90....doktor suruh dtg 2 kali seminggu untuk BP monitoring + Urine test. Letih sebab drive sendiri pastu parking dalam basement penuh terpaksa parking kat luar pastu menapak masuk dalam. Fuhhhh, memang penat tapi tu la peluang aku nk excercise. Oleh kerana tekanan darah tinggi maka secara rasminya aku dah amik ubat darah tinggi Methyildopa 250g, 3 kali sehari (pagi  petang dan malam) termasuk ubat pregnant Obimin. Bila pregnant dah masuk 4bulan lebih ni masih lagi mual2 muntah2....alahan masih lagi ada. Makan pun tak berapa nak berselera lagi. Ada masa ok ada masa memang xboleh masuk. Masa anak 1 & 2 dulu xdela mcm ni..alahan 2 bulan je lps tu masuk bulan ke 3, 4 dah ok dah.... dugaan masa mengandung, lain macam betul kali ni....




Alhamdulillah naik pangkat!

Dah agak lama xupdate blog. Alhamdulillah, tanggal 1 September 2015 yang lalu aku selamat dah posting jawatan baru ke jabatan baru. Memang secara tidak langsung memang dah terkeluar dari jabatan sekarang....ala-ala jawatan pinjaman la di opis baru ni. Memang tugas yang berbeza, suasana berbeza, pembawakan diri pun kene beza, pengalaman pun beza, orang-orang kat sini pun berbeza.....memang totally different. Mula2 memang bersemangat, maklumla keje baru....tapi seriusly memang xbleh layan cara keje kat sini. Bulan pertama memang rindu sangat kat kawa-kawan opis lama. Ya Allah tuhan saja yang tau macam mana perasaan....rasa nak lari dari sini. Bukan sebab keje tapi sebab bos kat sini yang agak macam "bossy" compare dengan opis lama. Memang benar2 menguji mental. Hari pertama lapor diri Ketua Pengarah siap sound kata nakkan pegawai lelaki untuk jawatan aku ni tambahan lak aku kan agak comel sikit so sikit sebanyak kene perli la sebab kat sini kebanyakannya adalah orang-orang latihan. Fit2 la kot semuanya kalu nk dibandingkan dengan aku. Tapi bila jumpa dngan staf2 kat sini hampehhhh...ada jugak la lebih 'sihat' dari aku......well, manusia memang suka complain!! xpe aku anggap sebagai satu cabaran. Pengarah perempuan, PTD yang agak cool tapi tak banyak cakap. So jarang berurusan dengan beliau. Bos atas aku , mula2 hokey lepas tu mula nampak mcm "bossy" dan agak tidak profesional. Aku paling xsuka bila ada orang suka buat muka & "moody" tanpa sebab pastu bawak2 kat semua orang. Memang pantang la aku......sikit sebanyak ini mendatangkan stress kat aku dan secara tak langsung memang fokus aku untuk keje jadi down. Sampai 1 tahap aku dah rasa xbest dok sini. Setiap Isnin bangun pagi aku harap yang aku bermimpi dapat posting kat sini. Betapa sukar aku nak harungi hari2 aku kat sini dengan surrounding yang memang aku xsuker!!!!. Bulan Oktober (genap sebulan aku kat sini) aku dah isi borang tukar sebab memang dah xbleh blah kat sini.....Pengarah & TKP dah sign tapi biasala bila tiba kat Sumber Manusia Jabatan aku macam ada penghalang yang menyekat aku.....Harapan untuk dapat tukar agak sukar sbab sebelum ni memang aku nk bertukar suka sama suka dengan sorang mamat ni tapi bos dia lak xbagi dengan alasan dia baru je di postkan kat bahagian tu. Frustrated!! 

Oleh kerana dah xtahan sangat aku naik jumpa sendiri dengan KP dengan harapan dpt memudahkan urusan aku. Tapi harapan tinggal harapan sebab KP sendiri bgtau dia xleh buat apa. Fine !! aku sedar sebab aku bukan orang2 harapan beliau apatah lagi org2 yg femes kat jabatan aku memang xkan layanla. Kasta jugak la.....diskriminasi ye! ye memang ! aku akui sebab kebanyakan org2 dorg yang berpengaruh senang untuk minta tukar dan of kos akan dapat tempat posting seperti yang mereka nak dan yang penting dikekalkan dalam jabatan. Padan muka aku sebab tak pandai kipas ngipas, gediks2........xpe Allah uji aku lagi. 

#moodkelaut