Thursday 25 April 2013

Air tak ada !



Hadoiiii......semak, rimas, tension, bengan, sakit ati, marah.....bla bla..AIR TAK ADA !!! Dah masuk hari ke-2 dah ni..huhuhuh susah nak wat keje rumah. Berbakul baju tak basuh lagi. Mula2 air tak ada jam 10.00 malam hati ni masih boleh bertenang. "its ok la , sok maybe ada air" tup2 bangun subuh nak mandi gi keje air tak ada..warghhhhhh....macam mana nk mandi ni? at least maintanance bgtaula @ tampal notis air tak de sampai tengah hari ni tak. Hubby kol tnya baru nk bagtau. Nasib baik hubby ada angkut air kat bawah. Boleh la mandi 1 baldi sorang. Macam xpuas...tapi kene redha tu je yg ada..huhuhuhu. Ok Pegi keje then balik umah still tak ada air lagi....hati mula panas bila tengok baju2 dalam bakul tak terbasuh lagi...huhuuhu.


Telepon maintanace dia kata lepas kul 8.00 malam ni kompom ada air. Ok....sabar lagi.... Baca notis kat lif "Kerja-kerja membaikpulih telah selesai. Paip air besar akan dibuka jam 8.00 malam"...wahhh, ini sudah bagus leh mandi lama2..... : )

Tunggu punya tunggu dari jam 8.00, 9.00, ke jam 10.00 mana airnyer? setitik pun tak ada. Terpaksa kerah hubby amik air dari bawah.. Argggghhhh tension. Tak pe lagi sabarrrrr.... dalam hati ni tuhan je yang tahu. Tunggu esok lah mesti ada air. Tido dengan keadaan emosi yang agak tak puas hati. 

Jam bunyi pukul 5.45 pagi. Bergegas bangun masuk toilet bukak paip sambil senyum. Arghhhhhh, mana air ni????? masih tak ada air lagik. Mandi jela guna air dalam baldi yg hubby amik semalam. Redha.......pegi opis dengan otak yg serabut sebab rumah tak ada air. Harap2 balik keje nanti ada air la kalau tak memang lembap la maintanance ni buat keje. Maunya tidak, kabinet rumah aku roboh dari bulan 11 sampai skrg masih tak pasang2. Kalau setakat dtg amik gmbr baik xyah, anak aku si Aina pun pandai amik gmbr....huhuhuuuuu

Mengadu kat BPH sama je mcm xbergerak.......2x5=10


Sunday 7 April 2013

Ajar Aina baca doa

Step by step ibu amik untuk nak biasakan Aina dengan bacaan doa. Start dari sebelum makan baca Bismillah, lepas solat aminkan doa, lepas azan aminkan doa...... mula2 susah jugak nak suruh dia angkat tangan. Yela, xbiasakan tapi bila ibu biarkan dia tengok ibu solat pastu abis solat ajak dia sama2 angkat tangan baca doa then aminkan doa tu, Alhamdulillah setiap kali sudah solat dia akan tunggu untuk duduk atas riba ibu @ papa tadah tangan dan aminkan doa. Alhamdulillah, sama juga bila dia dengar azan. Ibu harap Aina dapat kekalkan tabiat dia ni sampai besar... takut jugak bila dah besar dah dapat akal mula la nk memberontak. Harap2 tak la ye cayang ibu....




Aina buat 'mural' kat dinding

Baru2 ni Aina dah dapat hobi baru....buat 'mural' kat dinding rumah yang masih lagi putih tu. Kadang2 bukan takat dinding, tiang, dapur, pintu bilik air, lantai.... pun dia akan lukis. Tak tahu la kenapa kan. Tapi memang budak2 di tahap usia dorg macam ni memang suka conteng dinding. Ibu dah belikan pensil dan kertas lukisan tapi masih jugak nak lukis kat dinding. Cepat pulak tu, dalam sekelip mata je tup2 dah ada signature kat dinding... bentuk ntah apa2 ntah.... Mula2 panas gak ati sebab ibu kene padam balik tapi bila papa kata xpe, biarkan je... pastu papa la yg kena padamkan. Hahahaha, sekali dua papa leh tahan lagi sampaikan satu tahap mmg papa dah hangin memang kene marah la si aina. Kecut je bila papa marahkan dia. Kesian pun ada tapi tu la kalau xmarah, satu rumah ada signature dia. Nasib baik bagi pensel je....hahahahha....

Trick aina ni mula2 ibu dok perati masa dia pegang pensel dia buat xde benda je sambil mulut nyanyi2....bila ibu toleh ke lain kejap je pastu toleh balik tgk dia mmg dah ada la signature tu kat dinding..cepat sungguh... dengan muka tak bersalah dia tersenyum je pandang ibu sambil tunjukkan hasil 'mural' dia tu..... ibu tarik nafas dalam then pegi dekat dgn aina... " aina, jangan conteng kat sini tau nanti rumah kita tak cantik. Aina tulis kat sini ye. ...." sambil tunjuk kat kertas lukisan depan aina. Tiba2 boleh pulak di amenjawab "nanak...." sambil buat mulut muncung. Amboi, paham pulak apa yg ibu cakap. Nak tak nak terpaksala ibu meniarap sekali dgn aina ajar dia lukis kat atas kertas lukisan putih tu.... mula2 susah jugak nk biasakan tapi Alhamdulillah, sekarang makin kurang la 'mural' kat dinding.......heheheheh




muka kena marah....

Doa untuk anak-anak



Orang kata doa ibu bapa sangat dimakbulkan Allah. Justeru, sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk anak-anak kita. Antara doa untuk anak2 :








Cara mendidik anak-anak


Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira.

Langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun”. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.       

Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik tali’ dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.  Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.       

Tun Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. “Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. 

Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut “usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.       

Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.       

 Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi.




Masak Tempoyak Ikan Patin

Kiranya ni 1st time la ibu masak tempoyak ikan patin untuk papa tersayang sebab ni memang peberet dia. Makan mcm tu plus ada timun tua plak tu mmg abis, licin la. Mula2 buat ingatkan tak jadi sebab just tengok mak mertua buat je then terus praktikkan. Ibu memang xlalu nak hadap masak tempoyak ni... al-maklumla orang Kedah mana makan tempoyak. Takut jugak kalau tak jadi memang papa bisingla sebab xsedap. Tapi Alhamdulillah, papa kata rasa sebijik macam mak mertua buat, apa lagi yesssss...berjaya. Hahahaha......

Ni ikan patin
Ni pulak tempoyak beli kat pasar borong selangor



Bday ibu yg ke-30

5 April lalu genap bday ibu yang ke-30 tahun. Hmm, sedar xsedar dah masuk 3 series.... dah xboleh ngaku muda lagi la sebab dah makin tua kan. Mula2 memang xingat langsung maklumla sebab ibu ni jenis xkisah sgt bab2 ingat tarikh lahir ni. Masuk opis ramai pulak yang wish epi bday kat ibu baru la teringat dah bday rupanya... Apa2 pun terima kasih kawan2 yg ingat, Terharu jugak sebab ramai yg datang berkumpul kat tempat ibu sambil nyanyikan lagu "hepi bday" kat ibu. Walaupun dorg hanya nyalakan sebatang lilin comel tapi hati ibu agak tersentuh. Yela at least kawan2 ingat gak kat ibu. Huhuhu.... tengah hari sikit baru dpt sms dari papa "hepi bday ayang..." "ok, thankz papa". Memang tak rasa kecik ati pun bila hubby mcm terlupa jugak bday ibu. Tak pe, tak ada yang rugi pun bagi ibu sebab ibu pun tahun lepas nyaris2 terlupa bday papa. Boleh mcm gitu kan?? tapi no heart feeling la.. it's just a number......


Tuesday 2 April 2013

Video lama Aina

Semalam tengah kemas2 balik CD lama yang ibu dan burn gambar2 aina masa kecik dulu terjumpa banyak video2 lama aina. Bila bukak tgk balik gelak sorang2 ibu dgn gelagat aina. Bukan apa just bila teringat perangai aina yang macam2 buat ibu senyum sorang2. hehehhe tapi untuk tatapan anak ibu, Aina ibu upload kan kat blog ibu ni. Tengok la gelagat awak ni...

 








aina dan upin ipin

Dah lama rasanya x update blog..nak cari masa susah sikit skrg ni sibuk dgn keje. Hehehe Aina dah ada best friend skrg ni. Hmm pandai plak dia nk berkawan kan. bukan berkawan dengan sapa2 tapi ni ha bantal patung upin ipin tapi yg ada upin je sebab ipin dah out of stock. Ada upin ni nk g mana2 pun dok heret upin la. Makan dgn upin, tido dgn upin sampaikan nk mandi pun dgn upin. Mana boleh nnti basahla bantal upin tu...apa lagi melalak la kalau xbagi upin mandi sama. Puasla ibu carik idea nk larikan upin takut basah. Ni baru ada anak sorang kalau 2, 3 orang mcm mana la ibu nk handle gamaknya ye..heheh 

Balik dari taska je suruh ibu bukak laptop kecik dia tu. Apa lagi, nak tengok citer upin ipin la. Jangan sapa pun kacau la time tu nanti xpasal2 dia akan menjerit seperti kene cubit.... hehehehe. Ibu tengokkan je gelagat aina memang senyum sendiri la... Hmmm, aina....aina.. ikut perangai sapa la ni..