Wednesday 30 May 2012

Anniversary yg ke-3

Hari ni 31 Mei 2012 detik jam 10.30 pagi genapla usia perkahwinan kami yang ke-3 tahun. Hmmm, pejam celik, pejam celik baru 3 tahun kami jadi suami isteri ...masa berlalu sangat pantas tapi mcm baru semalam rasanya bergelar isteri kepada suami yang tercinta. Alhamdulillah, hampir 2 tahun kawin Allah kurniakan kami permata hati yang comel.. Nur Aina Amani. Semakin bertambah kasih sayang kami.....Harap2 lepas ni ada la yang ke-2, 3, 4... upsss, target aku 4 cukup la....bukan apa takut tak terjaga pulak kesian anak2....hehehehe......


Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami dengan limpah rahmat-Mu Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang maha pelindung dari segala musibah dan bencana.....



Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)


Tuesday 29 May 2012

Aina suka posing

Semalam datang opis sebab ada majlis perpisahan staf GSPI. 2 orang sekali gus kuar tapi sebelum tu, 2 minggu lepas dah ada 3 org staf bertukar...hmmm, ramai sungguh yang mintak tukar. Tapi pertukaran kali ni memang terasa sangat sebab "best friend" aku kat opis ni tersenarai sekali dapat bertukat ke MKN Pahang. Huhuhuhu...sedih, ye la dah hampir 6 tahun bersama last2 dia dapat tukar jugak..xpe ikut suami dia yg dah bertukar ke pahang... hhmmm, sedih memang sedih tapi life must go on.....

Semalam bawak aina datang opis sebab pengasuh bercuti 2 hari balik kampung. Nak tak nak kene jugak la bawak si kecik ni. Uiii, banyak ragam...., agaknya sebab ramai orang kot. Kalau kat rumah xde la aktif semacam asyik nak berkepit je dgn ibu dia ni....







Credit to Ainuddin Kamarudi yang volunteer amik gmbr si kecik ni. Wahhh, bukan main dia depan kamera memang hobi dia la orang dok snap gambar dia kan...hmmm.......

Thursday 17 May 2012

Tak boleh pakai cincin jari TELUNJUK...

Rasullullah s.a.w tegah pakai cincin pada jari telunjuk


Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya. Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.

Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan? 
Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan. Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan. 

Pada jari manakah lebih afdhal? 
Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir) 

Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin) 

Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)

Wednesday 16 May 2012

Campak menyerang....

Bermula dengan demam aritu, melarat pulak naik bikk2 merah kat badan aina. Mula2 ingatkan ruam pampers sebab bintik2 tu mula naik banyak kat peha pastu melarat ke betis, kaki, tangan, badan.....Tak terfikir pulak yang bintik2 tu adalah CAMPAK !!! iBU terpaksa EL lagi la hari Isnin tu. Bawak aina pegi Klinik kat Presint 11. Doktor suruh refer ke klinik kesihatan presint 9 pulak, kene amik darah nak make sure sama ada denggi atau tak...denggi??? ishhh, tak kot....hmmm, sabar jela... dari presint 11 memang ibu pecut la ke presit 9 sebab takut ramai orang. Memang pun.....sampai je, main suka ati je parking kat "staff parking".....hehhhe...sorila memang ibu tak perasan langsung. 


Sampai je kat Lab, mak oiii, ramainya orang......Aina dah mula buat perangai, bagi susu tak nak, bagi toys tak nak....berbunyi je dia...hadoi, ibu dah tak larat dah tgu....ibu masuk then bagitau kat staf situ yang nak cepat sebab anak dah melalak.......Alhamdulillah, tak lama lepas tu nama aina di panggil....

" Nik Aina Amani......."....uuuittt, macam nama anak ibu je.....dengar balik....
"Nik Aina Amani...."...lama jugak la dorang panggil nama tu. Last2 ibu rasa mcm ada yang tak kene, ibu masuk tanya....

Rupa2nya, bukan Nik...tapi Nur Aina Amani.....memang nama aina la tu...hehehhhe.... masuk je amik darah then tggu kejap for d result....Alhamdulillah, anak ibu bukan kene denggi dan bukan kene jangkitang kuku, kaki, tangan dan mulut cuma dia demam campak biasa......suhu badan dah tak panas dah cuma dia mungkin tak selesa sebab gatal + miang bdan.....



So, nak puaskan hati lagi, esoknya ibu n papa amik cuti lagi bawak aina ke klinik panel papa pulak kat Shah Alam. Yela, bukannya apa ibu takut jugak sebab waktu ni denggi + sakit kuku, kaki, tangan n mulut tengah aktif kat putrajaya ni....bukan apa cuma sekadar berjaga-jaga.......Alhamdulillah, doktor kat klinik Soraya pun mengesahkan yang aina hanya kene demam campak biasa sahaja.....Alhamdulillah...Semalam, ibu tengok bintik2 tu dah nak hilang dah lepas kerap sapukan dengan "lotion" yang doktor bagi......ubat 'lotion' tu sejuk dan cepat hilangkan ruam-ruam campak....cuma muka je masih ada lagi.....Alhamdulillah....



Aina Demam pulak...

Nak dijadikan citer, balik keje hari Khamis lepas (10 Mei 2012) balik keje gi amik Aina kat umah pengasuh. Sampai je kat sana, pengasuh kata badan Aina panas....mungkin nak demam. Laaa, ye ke...huhuhuu siannya anak ibu. Bila sentuh badan Aina memang panas sikit tapi nasib baik dia tak merengek. Malam tu kat rumah badan dia makin panas....risau jugak sebab dia jarang demam. Apa lagi abis la satu badan di lumur dengan air asam jawa, biar kurang sikit panas tu pastu tampal lak 'cool fever' kat dahi, memang dia tido nyenyak la...





Alhamdulillah, kurang la sikit panas badan dia tu tapi yang tak sedapnya tu dia merengek-rengek la pulak...asyik nak berkepit je..kat papa dia pun tak nak. So, esoknya tu terpaksala ibu amik EL.....xpe anak punya pasal kan...huhuhuuu........

Walaupun demam, tapi aktif tetap aktif. Panjat sana, anjat sini....macam biasala, macam tak demam tapi kalau kita tinggal dia kejap je mula la melalak tak hengat........hadoiii, aina...aina...








Wednesday 9 May 2012

Bengkak kat dada Aina


Semalam, balik keje terus pegi amik aina kat umah pengasuh......sampai je Ibu Ana (panggilan aina kat pengasuh, sbb pengasuh tu sepupu hubby) cakap ada macam biji kat payudara aina. Apa lagi berkerut la sekejap kening aku ni....Yela, tetiba je kan....aku rasa dgn jari memang ada macam ketulan kat sebelah kanan dada dia.....hadoiii, macam mana ni? Perasaan risau mula la 'buat hal'........ Tapi ibu ana kata bila disentuh / dipicit tak sakit sebab aina tak nangis pun... dia baisala, tersengih sana tersengih sini....ahhh, aku tak kira...risau tetap risau.... Ibu Ana bagi petua katanya petua daripada mak dia yang jugak bidan kampung... : amik kapur makan (kapur putih tu) sapu sikit kat area bengkak / biji tu......biar kering skit pastu letakkan cuka....ha, buat selang seli la.....tapi jangan banyak-banyak nanti panas pulak.

Balik umah try buat lagi, Alhamdulillah bangun pagi ni tgk dah kurang sikit. Arini carik artikel lat tenet pasal masalah ni....Alhamdulillah, jumpa artikel yang menyatakan bahawa :

"Sewaktu mengandung, tubuh bayi turut menerima hormon daripada ibu.. Salah satu daripada hormon yang diterima berfungsi membesarkan buah dada ibu.. Tujuannya untuk menyusukan nanti bila bersalin..Jadi, walaupun telah keluar dari rahim ibu, badan bayi masih lagi mengandungi hormon tersebut.. Maka sebab itulah buah dada bayi macam bengkak..Tetapi, hormon bersifat sementara.. Nanti lama-lama dia akan hilang dengan sendirinya.. "

Tapi apa-apa pun risau la jugak...tunggu esok macam mana. Kalau still tak ada perubahan memang kene bawak aina gi hospital la......tak nak la tunggu lama-lama..takut mcam-macam pulak yang timbul nanti..Nauzubillah.....

Tuesday 8 May 2012

Biodata Iblis

Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll

Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap : Neraka jahanam

Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah

Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib : Anak-anak Adam

Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar

Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo : Sebarang tatu

Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT

Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat

Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam

Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah

Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Allah menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan

Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya

Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala

Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina

Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya

Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

 

Dosa yang lebih besar dari ZINA

Pada senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam, “silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk.

Air matanya berderai tatkala dia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s terkejut.

“Saya takut mengatakannya” jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina.”

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun……lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… meninggal”, ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut,

“Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!” Teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.. lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat.

“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya nabi Musa .

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina!”

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa sesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Jangan sesekali kita semua permudahkan solat, kerana terlalu besar nisbah dosa meninggalkan solat. Kalau tertido atau terlupa khodo je solat tu… jagan sesekali tidak berasa bersalah. Yang mana ada tertinggal masa muda-muda atau saja-saja tak nak solat… janganlah putus asa.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Perbanyakkan “solat sunat” untuk menampung semua solat yg kita tinggalkan, Insya Allah.

Aurat dalam Islam

PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya. Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.


Aurat Wanita

Aurat Lelaki

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". 


Monday 7 May 2012

Aina VS "Soother"


Malam-malam aina suke merayap menyelinap je masuk bawah ketiak time tido. Kejap-kejap guling sana, guling sini tapi mata tutup.....apa lagi nak nyonyot je la kejenya..... Adala jugak bagi "soother" (puting palsu) tu kat dia...hemmmm, mmg tak laaa..... Puas dipujuk nak bagikan puting plastik ni tapi tak mahunyer dia....

Mula-mula belikan yang lembut je jenis NUK tu tapi dia tak mau...beli yang lain pulak pun tak mau...last-last dia buat main-main je. sumbat dalam mulut dia tak reti pulak nak nyonyot...hadoiiii.....

Ni la kejenya kalau dah dadapat 'soother' ni...dia buat barang mainan pulak. Puas bapak dia pujuk ajar cara nak ngisap benda alah tu, memang tak di layannya laaa....







Last-last tu la......posing-posing maut pulak dia dengan "soother" tu.....muka tak bersalah betul la. Memang sampai ke sudah dia tak guna langsung benda alah ni.... buang duit betul beli...membazir je.....hai, aina...aina.....

Bukit Tinggi

Cuti haritu bawa aina pegi bercuti kat Bukit Tinggi. Niat di hati nak bawak di ke Genting tapi nak buat macam mana plan last minit tu yang sampai kat Bukit Tinggi pulak. Xpela lain kali ada peluang bawak aina ke Genting ..... Saje je cakap2 dgn hubby teringin sangat nak ke Bukit Tinggi....hubby cakap " ha, gi la siap-siap...kita pegi jom".... Uit, biar betol orang tua ni.... dia senyum je pastu dia cakap..."nak pegi ke tak nak ni?"...hehhehhe..apa lagi yahoooo... nakkkkkk......






Memang orang mengantuk disorongkan bantal la, pantang je ajak bedezuuupppp....."dah siap dah"..... "uiii, cepatnyer siap"....kata hubby sambil senyum je ngn gelagat aku....hehehhehe.....malu pun ada....







1st time keje...

Nak dijadikan citer, lepas je grade dr uitm pas abis degree la... aku keje kat kilang..huuuu tapi kilang printing la.......keje aku buat majalah sekolah. Memang bestla sebab melibatkan design2 ni...Keje kat Ariff Corporation, kat seksyen 15 Shah Alam. Masa ni tak kawin lagi pun masih bujang...nak cari pengalaman keje la katakan.......


Ni la opisnyer

Tekun kan aku keje...hehhe


Ni la kejenye...asyik buat buku + design....

Serius sungguh aku buat keje...
Banyak pengalaman yang aku dapat masa keje kat sini, bolehhhh laaaa..... dapat belajar mcm mana nak cetak buku, nak buat kad kawin, nak buat design.....macam-macam lagi la... tapi yela. stress mmg agak stress la sebab nak kene kejar dateline....nak buat mcam mana kan dah nama pun keje....


Budak-budak yang sporting sgt


Aku yang paling tua kat sini...huhuhu

Dalam toilet pun jadila amik gmbr

Rombong kitorg tgk wayang....


Sempat je posing....


Haiiii...tu la kenangan..dah dekat 6 tahun dah tapi kenangan ni masih segar dalam ingatan. Aku masih jugak contact dgn budak2 ni cuma sorg dua je la sbb yg lain tu dah tak tau dah keje mana la skrg ni... sorg dah jadi ustazah, sorg dah jadi pegawai kastam....tu la kisah aku masa dapat keje 1st time....pastu baru masuk gomen sampai arini......